KEMALANGAN MAUT JALAN MAMBAU – PORT DICKSON - pakdin.my

SEREMBAN, 4 April — Seorang kontraktor terbunuh apabila kereta jenis Proton Satria Neo yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Jalan Mambau-Port Dickson berdekatan Kampung Bemban dekat sini hari ini.

Jurucakap polis berkata, mangsa, J. Ravindran 41 yang berasal dari Kuala Lukut, Port Dickson, dalam perjalanan balik dari Seremban menuju Port Dickson ketika kejadian yang dipercayai berlaku lewat tengah malam tadi itu.

Kereta mangsa di temui oleh seorang lelaki yang sedang dalam perjalanan untuk memotong pokok pisang berhampiran tempat kejadian sebelum menghubungi polis pada kira-kira pukul 11.40 pagi tadi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa dari dalam gaung tempat kereta mangsa ditemui.

UTAMABERITAKEMALANGAN MAUT JALAN MAMBAU - PORT DICKSON

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium