Terima kasih sokong Hajiji, kata Tok Abah - pakdin.my

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan dan seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang bersetuju mencalonkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Sabah yang baharu.

Beliau berkata, persepakatan itu membuktikan kerjasama erat parti bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, mendapat sokongan rakyat Sabah.

“Saya sangat menghargai semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh parti dalam gabungan ini demi kepentingan dan masa depan rakyat Sabah.

“Saya juga berdoa semoga Sabah terus kekal menjadi sebuah negeri yang aman dan makmur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini GRS menamakan Hajiji sebagai calon ketua menteri dan beliau dijadualkan mengangkat sumpah di Istana Negeri pagi esok.

Pakatan itu terdiri daripada PN, BN dan PBS, memenangi 38 daripada 73 kerusi DUN pada PRN Sabtu lalu untuk memperoleh majoriti mudah membentuk kerajaan negeri.

Daripada 38 kerusi itu, PN menang 17 kerusi, BN (14) dan PBS (7). Warisan Plus pula yang terdiri daripada Warisan, DAP, PKR dan Upko, memenangi 32 kerusi.

UTAMAPILIHAN RAYATerima kasih sokong Hajiji, kata Tok Abah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium