[Video] Bangunan kedai di Parit Raja dijilat api - pakdin.my

BATU PAHAT: Empat deretan kedai musnah dalam kebakaran di di Pekan Parit Raja, dekat sini, malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Murad Sa’ad, berkata kejadian jam 9.43 malam itu membabitkan empat unit kedai struktur separuh kekal yang terbakar 70 peratus.

Beliau berkata, kebakaran membabitkan kedai alat telekomunikasi dan gajet, kedai kasut serta medan selera.

“Sebuah premis perniagaan struktur separuh kekal yang berada di deretan yang sama berjaya diselamatkan.

“Kebakaran tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Seramai 25 anggota bomba dan tiga jentera FRT daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Penggaram dan Ayer Hitam dihantar ke tempat kejadian.

Operasi ditamatkan pada jam 1.30 pagi.

UTAMABERITA Bangunan kedai di Parit Raja dijilat api

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium