Parlimen: Kerajaan Telah Bayar Sepenuhnya Pinjaman Dengan Bank Dunia – Ahmad Husni - pakdin.my

Kerajaan tidak meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Gambar Anwaersama pengerusi IMF 1998.

KUALA LUMPUR, 9 April  — Kerajaan telah membayar sepenuhnya pinjaman daripada Bank Dunia manakala sebahagian besar pinjaman dengan Bank Pembangunan Asia (ADB) telah dijelaskan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan telah meminjam US$2,646 juta daripada Bank Dunia bagi tempoh 1965 hingga 1999 dan kesemua pinjaman tersebut telah dijelaskan sepenuhnya pada 2011.

“Pinjaman daripada ADB pula diperoleh dalam tahun 1968 sehingga 2002 yang berjumlah US$1,285 juta, yang mana sehingga Disember 2011 baki pinjaman ialah sebanyak US$124 juta,” katanya menjawab soalan Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit).

Beliau berkata jumlah keseluruhan pinjaman kerajaan daripada Bank Dunia dan ADB antara tahun 1965 hingga 2002 adalah sebanyak US$3,931 dan pinjaman tersebut hanya dibuat setelah mengambil kira kemampuan membayar balik.

“Kerajaan akan terus komited untuk menjelaskan bayaran pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya dan menambah bahawa kerajaan tidak meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

MALAYSIA’S WORLD BANK LOANS – Tun Mahathir
…. 12. At no time did I write a letter or verbally request for loans from the World Bank. If Anwar can show evidence that I did, he should. Failing that he should swear on the Quran in a mosque that he knows what he says is true. I am prepared to swear that I never asked for loans from the World Bank…. read more

UTAMABERITAParlimen: Kerajaan Telah Bayar Sepenuhnya Pinjaman Dengan Bank Dunia - Ahmad Husni

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium