Negara bawah ‘total lockdown’ 1-14 Jun, bantuan untuk rakyat, sektor terkesan - pakdin.my

Kerajaan malam ini mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau “total lockdown” Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini.

Dalam kenyataan, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan sepanjang tempoh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000.

PMO berkata, jika Fasa Pertama berjaya mengekang wabak itu, kerajaan akan melaksanakan “lockdown” Fasa Kedua dan Ketiga yang membolehkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal.

“Lockdown Fasa Kedua ini akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas Fasa Pertama berakhir.

“Fasa Ketiga, iaitu melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) seperti yang berkuat kuasa pada masa ini di mana aktiviti sosial tidak dibenarkan dan hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi tertakluk kepada SOP ketat,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, keputusan untuk beralih dari satu fasa ke fasa berikutnya tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Penilaian akan dibuat berdasarkan perkembangan kes-kes harian semasa dan kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit Covid-19.

“Kerajaan juga akan meningkatkan jumlah pemberian vaksin dalam tempoh beberapa minggu akan datang dalam usaha menghasilkan imuniti kelompok di negara,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, mengambil kira golongan yang terkesan dengan pelaksanaan “total lockdown” berkenaan, pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi tertentu.

“Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan. Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa terdekat,” kata PMO.

UTAMABERITANegara bawah ‘total lockdown’ 1-14 Jun, bantuan untuk rakyat, sektor terkesan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium