Singapura benarkan penggunaan vaksin COVID-19 Sinovac - pakdin.my

SINGAPURA – Vaksin COVID-19 Sinovac dari China boleh digunakan di Singapura menerusi kebenaran khas selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) meluluskannya untuk penggunaan kecemasan, lapor CNA.

Memetik Kementerian Kesihatan republik itu, portal berita berkenaan melaporkan, kementerian akan mengeluarkan butiran lanjut mengenai perkara berkenaan dalam beberapa hari lagi bagi membolehkan institusi penjagaan swasta memohon lesen sebagai pembekal vaksin Sinovac-CoronaVac menggunakan kebenaran khas itu.

“Kami juga sedang meneliti kemungkinan untuk membolehkan institusi penjagaan kesihatan swasta memperoleh stok bekalan semasa kami sebanyak 200,000 dos dan sedang mengusahakan bagi menetapkan harga, proses kebenaran dan keselamatan pesakit yang mahu disuntik dengan Sinovac-CoronaVac,” menurut kementerian itu.

WHO pada Selasa memperakui vaksin CoronaVac COVID-19 yang dibangunkan Sinovac, syarikat farmasutikal China, bagi penggunaan kecemasan. — BERNAMA

UTAMADUNIASingapura benarkan penggunaan vaksin COVID-19 Sinovac

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium