Sukan : Nauraj cemerlang di Hungary - pakdin.my

KUALA LUMPUR — Jaguh lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa muncul juara Grand Prix (GP) Hungary Siri Tatabanya berlangsung di Stadium Grosics Gyula hari ini.

Nauraj, 29, menyempurnakan lompatan 2.27 meter (m) yang juga catatan terbaik beliau musim ini.

Atlet yang menjalani latihan di Leipzig, Jerman itu mengenepikan Vasilious Konstantinou dari Cyprus di tempat kedua dengan catatan 2.23m diikuti Sylwester Bednarek dari Poland di tempat ketiga dengan 2.20m.

Nauraj adalah pemegang rekod kebangsaan acara lompat tinggi dengan 2.30m yang dilakukannya pada Terbuka Singapura 2017.

Pada Januari lepas, Nauraj memperbaharui rekod kebangsaan miliknya di Kejohanan Trek dan Padang Dalam Dewan Vienna 2021 di Austria dengan lompatan 2.20m, mengatasi rekod sebelumnya 2.19m dilakukannya pada 2019.

— BERNAMA

UTAMABERITASukan : Nauraj cemerlang di Hungary

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium