UtamaNASIONALTiada Pelajaran Percuma Di...

Tiada Pelajaran Percuma Di Peringkat Pengajian Tinggi – Dr Mahathir - pakdin.my

“Itulah Anwar… dia sendiri tak tau apa yang dia fikir, dia lupa,”

SINTOK, 15 April  — Tiada pelajaran percuma bagi pengajian di institusi pengajian tinggi di negara ini seperti mana yang boleh diperoleh di negara-negara maju lain, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Biarlah, mereka (negara-negara luar) kaya, mereka boleh bagi (pendidikan) secara percuma…Kita boleh mansuhkan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), tapi orang yang minta mansuh sahaja terlibat.

“Orang yang tidak minta PTPTN dimansuhkan, kita boleh bagi,” katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu mengulas cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memansuhkan pinjaman PTPTN jika dilantik menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum nanti.

Beliau turut menyifatkan Anwar sebagai pelupa kerana PTPTN ditubuhkan pada 1997 dan ketika itu Ketua Pembangkang berkenaan merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

“Itulah Anwar… dia sendiri tak tau apa yang dia fikir, dia lupa,” kata Dr Mahathir tanpa mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan cadangan Anwar untuk memansuhkan PTPTN adalah sandiwara semata-mata kerana menurut pengendali blog RBF Online, hakikatnya Anwar merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997.

Menurut blog itu, pada 1997, Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir telah mengambil cuti dua bulan lebih dan melantik Anwar yang merupakan timbalannya sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata dalam pentadbiran sesebuah negara, pemimpin bukan sahaja perlu mahir dalam ilmu pengurusan pentadbiran tapi perlu ada kecekapan dalam bidang pengurusan kewangan, ekonomi dan kajian saintifik.

Beliau berkata kecekapan dalam bidang-bidang berkenaan diperlukan bagi melengkapkan keupayaan pengurusan dalam negara di samping mengelakkan negara daripada menjadi muflis.

“Sebab itulah di Malaysia sejak awal lagi peruntukan sebanyak 25 peratus daripada belanjawan setiap tahun diberi untuk pelajaran bagi tingkatkan ilmu pengetahuan.

“Ini adalah satu pelaburan untuk masa depan kerana kita yakin kalau rakyat mempunyai pelajaran yang cukup, maka dapat bangunkan negara dengan lebih pesat dan baik,” katanya.

Dr Mahathir berkata tiada sesiapa yang dapat menafikan kemajuan yang ada di negara ini kerana rakyat sedar akan tanggungjawab masing-masing dan mereka sentiasa mengejar ilmu ke peringkat tertinggi.

Beliau berkata buktinya, permohonan kemasukan bagi lebih 30 institusi pengajian awam dan 30 institusi pengajian swasta sering tidak mencukupi walaupun setiap tahun jumlah tempat yang ditawarkan bertambah.

Turut hadir pada majlis sambutan itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir, isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Berkaitan

Baca Juga

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah...

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...