Moratorium Pukal Tanpa Faedah, Bank Juga Harus Berkorban - pakdin.my

Total lockdown sudah sambung 2 minggu lagi. Namun Moratorium Pukal tanpa faedah masih tidak kesampaian luah Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Katanya  Rakyat berkorban demi Malaysia yang lebih kuat dalam melawan pandemik sewajibnya bank juga harus berkorban.

“ Laporan 2020 juga mendedahkan bank masih lagi untung tatkala ada dalam kalangan rakyat yang sudah kehilangan segala”

“ Sektor pelancongan masih tutup, kedai makan juga banyak gulung tikar. Apa salahnya bank turut berkorban.

Bukan batalkan tetapi tangguhkan pembayaran tanpa caj. Kita tahu Menteri Kewangan beri alasan tiada kuasa walhal Akta 701 dan Akta 758 serta Ordinan Darurat boleh digunakan bagi menekan pihak bank ’ kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO itu.

Tambah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu Moratorium adalah langkah penting di kala kemerosotan ekonomi. Ada 2 isu penting dapat ditangani secara mudah.

“ Pertama adalah kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan. Moratorium tidak menambah pendapatan tetapi memberi kelegaan jangka pendek dari kehilangan aset ataupun apa-apa tekanan institusi kewangan”

“ Setidaknya rumah dan kereta boleh diguna dengan tenang sementara. Harus diingat tekanan kewangan boleh akibatkan stress, panic attack serta membuatkan kegusaran ditanggung rakyat”

“ Golongan kedua adalah yang ada pendapatan namun berkurangan. Moratorium memberi duit lebih di tangan untuk berbelanja”

Perbelanjaan ini masuk dalam kitaran ekonomi dan membolehkan lebih ramai sektor bergerak.Hasilnya kerajaan mendapat cukai dari transaksi ini. Gunakanlah kuasa untuk rakyat. Bukan untuk kekalkan jawatan ujarnya lagi

UTAMABERITAMoratorium Pukal Tanpa Faedah, Bank Juga Harus Berkorban

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium