Penjelasan ’Skala Gred SPM’ Yang Tular Di Media Sosial - pakdin.my

Menurut kenyataan media Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM):

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin merujuk hantaran di media sosial Facebook milik MamaMia Mia pada 11 Jun 2021 mengenai ‘Skala Gred SPM’ dengan kapsyen “Patut aku pelik budak2 sekarang berderet A.” dan “#bilasekolahdipolitikkan” yang kini sedang tular.

Adalah ditegaskan bahawa ‘Skala Gred SPM’ yang sedang tular tersebut adalah bukan milik Lembaga Peperiksaan, KPM. ‘Skala Gred SPM’ tersebut menggambarkan seolah-olah ianya gred pemarkahan sebenar SPM tahun 2020 dan boleh mengelirukan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Hantaran tersebut mencemar imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan sebagai badan pentaksiran negara dan menggugat ketenteraman awam.

Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan polis pada jam 10.31 malam, 11 Jun 2021 serta laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi siasatan lanjut.

SUMBER:

Facebook Rasmi KPM
Facebook Rasmi Menteri Pendidikan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


UTAMASEBENARNYAPenjelasan ’Skala Gred SPM’ Yang Tular Di Media Sosial

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium