Sukan : Malaysia atasi Thailand 1-0, nyalakan peluang ke Piala Asia 2023

Harapan Malaysia untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 terus menyala selepas menewaskan Thailand 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), awal pagi ini.

Gol kemenangan skuad Harimau Malaya di Stadium Al Maktoum dijaringkan pemain sayap kanan Muhammad Safawi Rasid menerusi sepakan penalti pada babak kedua perlawanan untuk membantu pasukan mencatat kemenangan kedua ke atas skuad bimbingan Akira Nishino pada kempen itu.

Kejayaan membenam Thailand membolehkan Malaysia merampas kedudukan ketiga Kumpulan G daripada skuad Gajah Perang itu dan melangkah secara automatik ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023.

Keputusan itu turut menyaksikan ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe meraih kemenangan keduanya ke atas Thailand, selain berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat pertemuan kedua-dua pasukan sejak mula menggalas tugas pada Disember 2017.

Pada perlawanan ‘hidup mati’ itu, kedua-dua pasukan yang memburu kemenangan pertama sejak kempen kelayakan itu bersambung melakukan enam pertukaran dalam kesebelasan utama masing-masing sebagai menyuntik nafas baharu dalam pasukan bagi memburu tiga mata berharga.

Dalam 10 minit pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling menguji kekuatan benteng pertahanan masing-masing dengan pemain sayap Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan pemain tengah Thailand Thanawat Suengchitthawon mempunyai peluang terbaik membuka tirai jaringan.

Kelincahan Muhammad Akhyar memaksa pasukan lawan bekerja keras apabila pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berjaya melepasi perangkap ofsaid dan hampir meledak gol pembukaan pada minit ke-18, namun gagal menemui sentuhan penyudah dalam situasi satu lawan satu berdepan penjaga gol lawan.

Malaysia terus tampil dengan percubaan berbahaya menerusi tandukan penyerang naturalisasi Guilherme De Paula yang tepat ke Chatchai Bootprom pada minit ke-22 sebelum penjaga gol itu sekali lagi cemerlang menyelamatkan tandukan kapten Mohamad Aidil Zafuan bin Abd Radzak lima minit kemudian.

Bagaimanapun, Thailand, yang menduduki ranking ke-106, sesekali turut melancarkan serangan ke kubu pertahanan negara menerusi gerakan efektif mereka dengan Thanawat kempunan meletakkan pasukan di hadapan selepas rembatannya pada minit ke-40 sedikit melewati palang gol negara.

Kebuntuan dalam menjaringkan gol memaksa Cheng Hoe membawa masuk Muhammad Safawi dan Muhammad Syafiq Ahmad pada babak kedua sebelum percaturan itu membuahkan hasil apabila diberikan sepakan penalti selepas Muhammad Safawi dikasari pemain pertahanan Ernesto.

Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 itu tenang menyempurnakan sepakan untuk membuka tirai jaringan meskipun rembatan kaki kirinya dapat dibaca Chatchai, namun gagal menangkap kemas bola.

Tersentak dengan jaringan itu, Thailand bangkit memperkemaskan permainan sebelum hampir menyamakan kedudukan menerusi tandukan kapten Thitiphan Puangjan pada minit ke-55 yang hanya menggegar palang.

Malaysia berpeluang menambah jaringan pada minit ke-66 untuk menambah derita Thailand tetapi rembatan deras De Paula melambung tinggi, selain Thailand turut menggandakan asakan dalam usaha mengubah kedudukan namun buntu menemui penyudah sehingga wisel penamat.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi Kumpulan G menyaksikan UAE menamatkan rekod tanpa kalah tujuh perlawanan menentang Vietnam dalam kempen kelayakan dengan kemenangan 3-2 di Stadium Zabeel.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia menamatkan kempen kelayakan di kedudukan ketiga Kumpulan G dengan mengumpul 12 mata di belakang juara UAE (18 mata) diikuti Vietnam kedua (17 mata) sementara Thailand keempat (sembilan mata) dan Indonesia tercorot dengan mengutip satu mata.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...