Selangor Di Ambang Perubahan Untuk Kembali Ke Barisan Nasional – @NajibRazak - pakdin.my

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (duduk, tengah) menjadi tetamu istimewa buat pasangan R. Sivasamy (duduk, kanan) dan isterinya K. Parvathy (dua dari kiri) ketika mengunjungi rumah mereka di kompleks perumahan baru selepas merasmikan Kompleks Perumahan dan Pengurusan, Ladang Tennamaram di Ladang Tennamaram Bestari Jaya

KUALA SELANGOR, 16 April  — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Selangor kini di ambang perubahan untuk kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata ini berdasarkan isyarat jelas yang ditunjukkan rakyat negeri itu terutamanya masyarakat India yang menyokong BN.

Berucap pada majlis perhimpunan bersama 13,000 wakil penduduk dari empat kawasan Parlimen – Selayang, Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Kapar di Ladang Tennamaram, Bestari Jaya dekat sini hari ini, Najib berkata beliau dapat melihat ramai yang hadir memakai baju 1Malaysia yang mempunyai wajah beliau.

“Harapnya ini mencerminkan tambahan sokongan ataupun undi kepada BN,” katanya.

Najib berkata kerajaan BN telah mempamerkan bahawa ia membela nasib semua kaum termasuk masyarakat India antaranya melalui penambahan 1,000 lagi tempat untuk pelajar-pelajar India menyertai kursus matrikulasi daripada lebih 1,500 tempat sebelum ini.

Peniaga-peniaga India juga diberi pinjaman perniagaan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dan Amanah Ikhtiar Malaysia, katanya.

“Janji BN kita tunai, sekolah Tamil pun dapat peruntukan tambahan,” katanya.

Najib berkata perlu ada kepercayaan atau “nambike” di antara rakyat khususnya masyarakat India dengan kerajaan.

Terdahulu, Najib merasmikan Kompleks Perumahan dan Pengurusan Ladang Tennamaram milik Sime Darby Plantations Sdn Bhd berhampiran lokasi perhimpunan.

UTAMABERITASelangor Di Ambang Perubahan Untuk Kembali Ke Barisan Nasional - @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium