Toyota Buang 350 Pekerja Di Kilang Di Melbourne - pakdin.my

MELBOURNE, 16 April — Toyota telah mula membuang 350 pekerja di kilangnya di pinggir bandar Altona, di sini.

Toyota berkata 350 orang yang diberhentikan itu adalah pemberhentian wajib tetapi sebilangan kecil pekerja menawarkan diri untuk dipertimbangkan bagi pemberhentian, demikian lapor Associated Press (AAP).

Menurut angka kesatuan sekerja, 262 pekerja sewenang-wenangnya dibuang dalam masa dua hari dan 88 suka rela menawarkan diri.

Pegawai Kesatuan Sekerja Perkilangan Australia, Charlie Marmara, berkata taktik yang digunakan oleh Toyota, termasuk menggunakan pegawai keselamatan dan memindahkan pekerja dengan van, adalah satu tindakan menindas.

“Bagi saya secara peribadinya, ia adalah sukar, bagi pekerja itu sendiri ia suatu yang amat mengganggu, ramai daripada mereka sekarang tidak pasti tentang nasib mereka di masa depan,” katanya kepada pemberita di luar kilang itu pada Isnin.

UTAMABERITAToyota Buang 350 Pekerja Di Kilang Di Melbourne

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium