Akhirnya..Selepas 10 Tahun Menyepi, Ini Khabar Terbaru Anita Sarawak! - pakdin.my

Sedekad yang lalu, penghibur popular Anita Sarawak, tiba-tiba menyepi daripada dunia hiburan.

Perkhabaran terakhir daripada adiknya, Noorkumalasari mengatakan beliau kini bermaustatin di luar negara bersama suaminya, Mahathir.

Terbaru, seorang wartawan hiburan bernama Shuib Taib akhirnya berjaya mendapatkan perkembangan terkini Anita Sarawak.

Menerusi Instagram miliknya, suami kepada Anita Sarawak sempat membalas ucapan hari lahir yang ditujukan buatnya.

“Thank you so very much Shuib. We miss you,” balasnya.

“Abang Mahathir dan Kak Nita sihat seadanya, mereka mahu menikmati hidup yang normal,” kata Shuib berkongsi cerita dengan AWANI tanpa memaklumkan di mana pasangan itu kini menetap.

Anita yang juga anak kepada seniman dan seniwati legenda, Allahyarham Datuk S Roomai Noor dan Allahyarham Siput Sarawak mesra disapa sebagai Kak Nita manakala suaminya pula dikenali sebagai Abang Mahathir.

Sumber: Awani

UTAMAGAYA HIDUPAkhirnya..Selepas 10 Tahun Menyepi, Ini Khabar Terbaru Anita Sarawak!

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium