UtamaNASIONALMahasiswa Dibenar Berpolitik Tanpa...

Mahasiswa Dibenar Berpolitik Tanpa Sekatan - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Perbahasan selama lebih tiga jam jam menyaksikan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 dengan pindaan bagi memberi kebenaran penuh tanpa sekatan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menyertai dan menjadi ahli serta memegang jawatan sebarang parti politik.

Rang undang-undang itu menyaksikan kerajaan meminda Fasal 5 dengan memotong sepenuhnya perenggan dalam seksyen 15(2)(c) yang melarang pelajar daripada bertanding dalam pilihan raya bagi memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar di dalam kampus jika pelajar itu memegang apa-apa jawatan dalam sesuatu parti politik.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan menerima cadangan usul yang dikemukakan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mewakili Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBCC).

“Kementerian bersetuju supaya perenggan ini dipotong,” katanya pada sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Dewan Rakyat pada Khamis.

Sebelum ini, menerusi rang undang-undang yang dibacakan kali pertama pada 9 April lalu melarang mahasiswa bertanding dalam pilihan raya atau memegang apa-apa jawatan dalam sebarang pertubuhan atau kumpulan pelajar dalam kampus jika memegang jawatan parti politik.

Sementara itu, ketika membentangkan usul bagi meminda Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, Khairy berkata, sebarang pindaan yang dilakukan kepada undang-undang usang hendaklah bertepatan dengan hasrat perubahan dan juga norma sosial yang mendasari kehendak kepada pindaan tersebut.

“Tujuan larangan yang dicetuskan oleh subseksyen 15(2)(c) adalah bertujuan untuk mengekalkan keberkecualian di dalam kampus.

“Sungguhpun kami mengakui keperluan itu agar perjalanan akademik tidak diganggu oleh kegiatan politik, tetapi janganlah sampai kehendak ke arah ini melibatkan sekatan regresif kepada kebebasan yang diberi.

“Bagi kami, larangan ini memberi gambaran bahawa transformasi yang dibawa oleh kerajaan cuma perubahan separuh masak dan akan menimbulkan lebih banyak polemik negatif sedangkan pindaan ini berhasrat untuk memberi kebebasan kepada golongan mahasiswa dan sepatutnya menjadi perkara yang dianggap sebagai pindaan yang popular,” katanya.

Malah Khairy menegaskan, pilihan yang diberikan kepada mahasiswa sama ada untuk memegang jawatan politik atau pertubuhan dalam kampus boleh disifatkan seperti tidak mengiktiraf sepenuhnya kebebasan golongan mahasiswa untuk menyertai parti politik.

“Ia umpama melabelkan golongan mahasiswa yang mempunyai keahlian dan jawatan dalam politik sebagai kelompok negatif dalam kegiatan pelajar di dalam kampus, sedangkan apa yang mereka lakukan hanyalah salah satu daripada hak asasi mereka untuk berpersatuan. Ia umpama beri tapi tak beri sepenuhnya.

“Subseksyen 15(2)(c) hanya akan memberi ruang yang sangat besar kepada pembangkang untuk menghentam kerajaan dengan hujah bahawa kerajaan sebenarnya tidak ikhlas dan tidak komited dengan semangat keterbukaan dan pengiktirafan kepada golongan mahasiswa,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...