UtamaNASIONALPolis ambil keterangan MP...

Polis ambil keterangan MP Hulu Selangor @PKamalanathan berhubung isu biadap di Istana Negara - pakdin.my

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan sudah memberi keterangan kepada polis, Khamis  berhubung dakwaan beberapa ahli parlimen pembangkang berkelakuan biadap ketika majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong  di Istana Negara, minggu lalu.

Beliau menceritakan apa yang berlaku pada majlis itu kepada pegawai polis yang mengambil keterangannya di Parlimen, tengahari tadi.

Kamalanathan berkata, beliau dihubungi polis semalam.

“Mereka datang hari ini dan dalam masa sejam saya beri penjelasan terperinci apa berlaku hari itu. Saya berikan kerjasama dan sahkan apa yang dengar apa dua ahli parlimen pembangkang yangtidak memberi penghormatan sewajarnya kepada institusi raja-raja,” katanya.

Sebelum ini, Kamalanathan mendedahkan mendengar ahli parlimen PKR Gombak Azmin Ali dan ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad bercakap unsur-unsur menghina Perdana Menteri, timbalannya serta beberapa orang raja-raja ketika majlis tersebut.

Isu ahli parlimen pembangkang bersikap menghina raja-raya Melayu itu didedahkan Dr Rahman Kadir, pegawai perubatan yang bertugas ketika istiadat tersebut.

Sementara itu difahamkan dua wartawan Utusan Malaysia, Mohd Asron Mustapha dan Mohd Rafie Azimi diambil keterangan oleh polis semalam, menurut laporan akhbar tersebut hari ini.

Polis turut menyiasat Dr Rahman – sumber yang dipetik kenyataannya dalam laporan wartawan terbabit, menurut laporan itu lagi..

Selain itu, laporan yang memetik sumber hari ini menyebut bahawa polis telah mengenalpasti tindakan yang dilakukan oleh pemimpin berkenaan semasa istiadat 11 April itu berlangsung.

Polis juga telah menerima 40 laporan polis berhubung tindakan “mempersenda dan mengejek” itu, menurut laporan itu.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...