JDT raih kemenangan pertama di Bangkok - pakdin.my

BANGKOK – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan aksi bertenaga untuk melakar kemenangan pertama pada kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini apabila menewaskan Ratchaburi FC dengan keputusan 1-0 sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Rajamangala itu, skuad Harimau Selatan yang dibimbing oleh Benjamin Mora membariskan kesebelasan utama terbaik dengan jentera serangan diketuai oleh penyerang import, Bergson da Silva.

Bergson dilihat menunjukkan ‘bisa’ pada awal saingan tetapi rembatannya pada minit ke-18 terkena palang gol pasukan tuan rumah.

Namun, penyerang dari Brazil itu memiliki peluang keemasan apabila JDT dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-27 tetapi nasib tidak menyebelahi Bergson apabila rembatannya mudah diselamatkan oleh penjaga gol lawan, Kampol Pathomakkakul.

JDT terus menguasai sebahagian besar perlawanan tetapi gagal memecah kebuntuan dengan keputusan kekal seri tanpa jaringan pada babak pertama.

Nasib skuad Harimau Selatan pada separuh masa kedua ternyata berbeza apabila meraih gol seawal 90 saat selepas sepak mula menerusi rembatan cantik pemain tengah, Leandro Velazquez.

Gol tersebut menyentak semangat Harimau Selatan untuk menggandakan asakan bagi menambah jaringan tambahan tetapi rentetan peluang dilihat disia-siakan oleh jentera serangan JDT.

Peluang terbaik hadir menerusi pemain gantian, Safawi Rasid pada masa kecederaan tetapi rembatannya terkena palang gol selepas Kampol sudah pun ditewaskan.

Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menghadiahkan mata berharga buat juara tujuh kali berturut-turut Liga Super itu selepas dikecewakan tewas pada aksi pembukaan Kumpulan G kepada jaguh Jepun, Nagoya Grampus Height, Selasa lepas.

Dalam satu lagi perlawanan, Nagoya mempamerkan rentak konsisten untuk memacu takhta Kumpulan G apabila tidak mempunyai masalah untuk menewaskan wakil Korea Selatan, Pohang Steelers dengan keputusan 3-0. – K! ONLINE

UTAMAGAYA HIDUPJDT raih kemenangan pertama di Bangkok

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium