Senarai Bantuan PKP 3.0 Yang Disediakan Dan Masih Boleh Dimohon - pakdin.my

Penganalisis Ekonomi dari Universiti Asia e, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, pemberian moratorium bersasar dilihat dapat membantu individu dan peniaga untuk menghadapi PKP 3.0 berikutan pengurangan jumlah simpanan yang telah digunakan semasa PKP terdahulu.

“Ini menunjukkan pihak kerajaan dan bank cukup memahami mengenai keperluan masyarakat yang terkesan dan saya berharap pemberian moratorium ini akan berterusan, khususnya diberi secara automatik kepada PKS.

“Mungkin pihak bank boleh mengutip kadar faedah sahaja dan menghentikan sementara kutipan prinsipal buat masa ini untuk mengurangkan tekanan pembiayaan pinjaman mereka,” katanya kepada Bernama pada Khamis.

Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang melaksanakan moratorium secara automatik selama enam bulan dari April hingga September 2020 untuk membantu rakyat dan perniagaan.

Setakat 21 Mac lepas, bank telah membantu 1.7 juta pemohon bagi bantuan pembayaran dan kadar kelulusan sebanyak 95 peratus.

Selain moratorium bersasar, masih banyak bantuan Covid-19 lain yang disediakan dan boleh dimohon.

Antaranya Sistem Insurans Pekerjaan Perkeso bagi individu yang kehilangan pekerjaan; Program Perintis Perkeso; Skim Perumahan Belia serta bantuan sebanyak RM1,000 kepada penganggur untuk mendapatkan pengalaman bekerja.

Bantuan lain ialah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) iaitu kategori isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 mendapat BPR tambahan RM500 manakala bagi isi rumah berpendapatan antara RM2,501 dan RM5,000 akan menerima RM300.

Sementara itu, golongan bujang akan menerima BPR sebanyak RM100.

Untuk warga emas, bantuan khas kewangan bersasar berjumlah RM300 secara one-off disediakan untuk pesara kerajaan, veteran tidak berpencen dan elaun sara hidup nelayan manakala bantuan kebajikan warga emas dinaikkan kepada RM500 sebulan berbanding RM350 sebelum ini.

Bagi inisiatif tidak langsung, potongan cukai tambahan untuk majikan yang menggaji warga emas dan dilanjutkan sehingga 2025 serta had pelepasan cukai bagi rawatan perubatan keperluan khas dan penjagaan ibu bapa dinaikkan kepada RM8,000. – Bernama

Sumber: Bernama

UTAMABERITASenarai Bantuan PKP 3.0 Yang Disediakan Dan Masih Boleh Dimohon

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium