UtamaNUSANTARAMobiliti sosial, perubahan nilai...

Mobiliti sosial, perubahan nilai hidup antara faktor golongan usia 25-34 masih bujang - pakdin.my

SINGAPURA: Mengutamakan mobiliti sosial serta wujudnya perubahan dalam nilai hidup dan keutamaan, menjadi antara sebab golongan bujang antara usia 25 hingga 34 tahun menangguhkan perkahwinan.

Demikian menurut golongan bujang dan pakar perkahwinan yang kami temui, sedang data terkini Jabatan Perangkaan (DOS) mendapati bilangan bujang dalam kumpulan usia itu terus meningkat.

Banci Penduduk tahun 2020 menunjukkan jumlah bujang berusia 25-29 tahun meningkat 15 peratusan mata kepada 69% bagi perempuan, dan bertambah 7 peratusan mata kepada lebih 81% bagi lelaki berbanding 10 tahun lalu.

Bagi mereka berusia 30-34 tahun, ia juga menyaksikan kenaikan ketara antara 5 hingga 7 peratusan mata.

Dalam kalangan masyarakat Melayu pula Jabatan Perangkaan memberitahu kami, bagi golongan usia 25 hingga 34 tahun, ada lebih 41,900 orang yang masih bujang tahun lalu atau mewakili 44.5 peratus daripada kumpulan usia itu.

Pada 2010 pula bilangan bujang dalam kumpulan usia itu adalah sekitar 26,600 dan mewakili 40.4 peratus.

Jadi ini mencerminkan pertambahan 4 peratusan mata bagi 2020 berbanding sedekad lalu.

MASYARAKAT PENTINGKAN PENDIDIKAN DAN KERJAYA

Pakar seperti Dr Suriani Suratman, Timbalan Ketua Jabatan Pengajian Melayu NUS, berkata fenomena ini berkait langsung dengan sikap masyarakat yang mementingkan pendidikan dan juga kerjaya.

“Saya rasa trend ini menunjukkan bagaimana kita membuat keputusan harian serta keputusan hidup. Ia bukannya bermakna satu-satunya buruk atau tidak,” kata Dr Suriani.

“Pendidikan dan kerjaya itu penting dalam masyarakat Singapura. Ia penting untuk mobiliti sosial dan ia juga penting sebagai sumber ekonomi untuk setiap individu di Singapura,” menurutnya lagi.

Lantaran itu, Dr Suriani menambah bahawa tidak menghairankan untuk melihat golongan tersebut menangguhkan perkahwinan kerana masa yang lebih lama diluangkan untuk memperoleh pendidikan dan selepas tamatnya pengajian pula kerjaya menjadi tumpuan mereka.

BINA KESTABILAN KEWANGAN DAN BERDIKARI DAHULU

Ternyata, ada pelbagai sebab golongan berkenaan kekal membujang termasuklah peralihan pandangan hidup.

(Gambar: Nur Jannah)

Misalnya wanita seperti Cik Nur Jannah Cheang. Pada usia 30 tahun sekarang ini, dia tidak tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga.

“Memang dalam hidup saya ini, saya tak pernah menghadapi tekanan dari diri sendiri ataupun keluarga saya dan sesiapa pun untuk cepat-cepat berkahwin,” kata Cik Jannah, yang merupakan anak bongsu, kepada BERITAmediacorp.

Wanita itu menambah bahawa membina kestabilan kewangan serta berdikari dahulu adalah keutamaan bagi dirinya.

“Sekarang sudah tahun 2021. Jadi saya tidak rasa bahawa kita patut ada apa-apa stigma terhadap golongan yang tidak berkahwin kerana persoalannya – adakah perkahwinan itu matlamat muktamad dalam hidup kita?” ujar Cik Jannah.

FAKTOR JAGA KELUARGA

Faktor kewangan juga menjadi faktor utama mengapa orang seperti Encik Muhammad Fursham terus membujang buat masa ini. Mentelah lagi dalam iklim ekonomi negara yang kurang baik.

(Gambar: Muhammad Fursham)

Menurut jejaka 31 tahun ini, walaupun mempunyai wang simpanan, ia masih belum mantap.

“Saya masih menjaga keluarga saya. Ayah saya sakit sebab itu saya perlu membantu ibu saya untuk menanggung keluarga dari segi pembelanjaan barangan dapur dan bil-bil,” kongsi Encik Fursham, abang sulung kepada dua orang adik beradik.

Kini, ayahnya tidak lagi bekerja kerana sakit dan Encik Fursham perlu mengambil alih untuk menampung pembelanjaan keluarga.

Bukan Encik Fursham sahaja yang masih membujang, kata Fursham mengenai rakan-rakan di sekelilingnya.

“Saya punya kawan baik pun ada juga yang belum kahwin. Sebenarnya ramai jugalah dalam (usia) 28, 29 (tahun), umur dekat-dekat saya pun masih belum berkahwin,” kongsi Encik Fursham tentang pemerhatiannya.

Yang pasti, trend itu memprihatinkan kerana lingkungan usia 25 hingga 34 tahun berkait rapat dengan tempoh genting kesuburan, sekali gus kadar kesuburan negara.

– BERITAmediacorp/nj

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...