PROMO: Samsung Galaxy S20 FE ada diskaun sehingga RM500 - pakdin.my

Telefon pintar Samsung Galaxy S20 FE adalah siri flagship yang lebih mampu dimiliki ramai, dengan harga rasmi di bawah RM3,000. Tetapi kini Samsung meneruskan lagi promosi untuk siri telefon pintar mereka dengan menawarkan rebat sehingga RM500 untuk Galaxy S20 FE.

Promosi khusus untuk Galaxy S20 FE ini berjalan dari 24 Jun sehingga 1 Ogos 2021. Bagi model 5G dengan storan 256GB, ia diberi diskaun RM500 menjadikan harganya cuma RM2,499 di Stor Online Samsung Malaysia.

Untuk versi 4G atau LTE, diskaun sebanyak RM400 diberikan menjadikan harganya cuma RM1,899. Selain tiada sokongan 5G, versi LTE turut memiliki storan lebih kecil 128GB.

Spesifikasi

Telefon pintar Galaxy S20 FE memiliki paparan Super AMOLED seluas 6.5-inci HD penuh, dengan kadar penyegaran 120Hz. Ia dikuasakan cip Snapdragon 865 untuk versi 5G, serta cip yang sama baru ditukar untuk versi LTE. Di mana sebelum ini, versi LTE menggunakan cip Exynos 990.

Storan sebesar 256GB terdapat di versi 5G, manakala 128GB di versi LTE. Kedua-duanya memiliki slot kad hibrid, boleh memuatkan kad mikroSD sehingga 1TB.

Terdapat tiga kamera di belakang, gandingan kamera utama 12MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera telefoto 8MP. Kamera hadapan pula 32MP, di dalam lubang kecil di dahi skrin.

Tenaganya disalurkan daripada bateri berkapasiti 4,500mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 25W melalui USB-C. Tetapi pengecas 15W diberikan di dalam kotak. Pengecasan wayarles turut disokong.

Galaxy S20 FE turut dilengkapi speaker stereo, tetapi sudah tiada jek audio. Ia juga kalis air dan debu IP68.

[Sumber: Samsung]

 

UTAMAGAYA HIDUPPROMO: Samsung Galaxy S20 FE ada diskaun sehingga RM500

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium