Pemandu lori Covid-19 maut terjun tingkat 15 - pakdin.my

Seorang pemandu lori yang kemudiannya disahkan positif Covid-19 maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 15 Apartmen Pandan Ria, Ampang hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerima panggilan kira-kira pukul 8.25 pagi memaklumkan seorang lelaki telah terjun dari apartmen tersebut.

“Berdasarkan siasatan lanjut di lokasi kejadian, lelaki warga tempatan berusia 54 tahun itu dipercayai terjun dari tingkat 15 iaitu tingkat paling atas bangunan.

“Mangsa tinggal di tingkat lima blok berkenaan dan menetap di situ sejak 30 tahun yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Mengikut kenyataan anak tunggal mangsa yang berusia 15 tahun, ibunya telah meninggal dunia pada awal Jun lalu dipercayai akibat dijangkiti Covid-19.

Kata Mohamad Farouk, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan hasil ujian saringan yang dijalankan mendapati mangsa positif Covid-19.

Tambahnya lagi, pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan punca kematian masih dalam siasatan polis.

 

UTAMABERITAPemandu lori Covid-19 maut terjun tingkat 15

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium