Kebakaran di Tampines: Sekitar 40 penduduk dipindahkan - pakdin.my

SINGAPURA: Sekitar 40 penduduk Blok 395 Tampines Avenue 7 dipindahkan pada pagi Sabtu (3 Jul) setelah berlaku kebakaran di salah sebuah flat di tingkat 10.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kebakaran itu pada sekitar 9.40 pagi, sambil menambah bahawa seorang individu diselamatkan dari flat tersebut.

“Setibanya di sana, anggota bomba SCDF yang memakai alat pernafasan memecah masuk ke dalam unit yang dipenuhi asap di tingkat 10,” menurut SCDF di Facebook.

“SCDF menyelamatkan seorang penghuni melalui jendela unit yang terjejas.”

Penghuni tersebut diperiksa oleh seorang anggota paramedik namun tidak mahu dibawa ke hospital, kata SCDF.

Bagaimanapun, seorang penduduk dari tingkat 11 dibawa ke Hospital Besar Sengkang setelah terjatuh semasa dipindahkan dari bangunan.

Sekitar 40 penduduk yang tinggal di tingkat sembilan hingga 12 blok tersebut dipindahkan oleh polis sebagai langkah berjaga-jaga, kata SCDF.

Pihaknya menambah bahawa kebakaran itu melibatkan sebuah bilik tidur unit di tingkat 10, dan api berjaya dipadamkan menggunakan jet air.

Punca kebakaran sedang disiasat.

– CNA/TQ/tq

UTAMABERITAKebakaran di Tampines: Sekitar 40 penduduk dipindahkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium