Friday - July 30, 2021 @ 08:41
BERITADUNIA14 maut dalam kejadian banjir, tanah runtuh di Indonesia

14 maut dalam kejadian banjir, tanah runtuh di Indonesia

tanah-runtuh-menado-4JAKARTA 18 Feb. – Sekurang-kurangnya 14 orang dilaporkan terbunuh dalam kejadian tanah runtuh dan banjir di Indonesia sejak dua hari lalu.

Jurucakap pengurusan bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda ibu wilayah Sulawesi Utara, Manado semalam, menyebabkan 10 orang maut dan lebih 1,200 penduduk dipindahkan ke tempat selamat.

Katanya, tiga mangsa lagi terbunuh termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun selepas dihanyutkan arus banjir di wilayah Jambi, kelmarin.

Berikut nama-nama mereka yang terkorban

1. Gracia C Gosal (3)
2. Stefani Ribka Gosal (10)
3. Giok Lee (3)
4. Rafda Oroh (18)
5. Leydi Oroh (30)
6. Vicky Beu (16)
7. Frangky Palit
8. Charles Taroreh (28)
9. Jumain Pulumudoyo (11)
10. Meggy Riska Ruru (32)
11. Tommy Maripi (25)
12. Budi Astanto (40)
13. Elizabeth Kawilarang (34).

1 orang belum dikenali

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here