14 September tarikh penting penyatuan UMNO-Pas - pakdin.my

Rakyat Malaysia boleh menyaksikan peristiwa bersejarah pada 14 September ini yang menyaksikan penyatuan rasmi dua parti terbesar orang Melayu iaitu UMNO dan Pas.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, pada tarikh itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menandatangani Memorandum Persefahaman Piagam Muafakat Nasional.

Menurut beliau, program dua hari bermula 13 September itu diisi dengan acara zikir munajat yang dikendalikan Pergerakan Wanita UMNO, Puteri UMNO, Dewan Muslimat Pas Pusat dan Amirah.

Sepanjang hari itu, turut diadakan wacana oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia bersama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia selain solat hajat selepas solat Jumaat.

“Acara kemuncak pada hari pertama ialah rapat perdana atau ceramah umum oleh kedua-dua timbalan presiden parti dan naib-naib presiden parti.

“Semua program itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra dengan pelancarannya berlangsung di Dewan Merdeka,” katanya pada sidang media khas Himpunan Penyatuan Ummah hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, semua barisan kepimpinan Pas termasuk Abdul Hadi akan hadir sebagai tanda menterainya penyatuan ummah antara kedua parti terbesar orang Melayu itu.

Kata beliau, sebelum itu kedua-dua parti akan turun ke setiap negeri untuk memberi penerangan mengenai program berkenaan, yang julung kali menyaksikan penyatuan orang Melayu.

UTAMAPOLITIK14 September tarikh penting penyatuan UMNO-Pas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium