Skuter mobiliti terbakar di flat Ang Mo Kio; 3 dibawa ke hospital - pakdin.my

SCDF dimaklumkan pada 12.25 pagi 7 Julai 2021 tentang kebakaran di tingkat 10 Blok 314 Ang Mo Kio Avenue 3. (Gambar: SCDF)

SINGAPURA: Tiga orang dibawa ke hospital pada awal Rabu (7 Jul) selepas skuter mobiliti elektronik terbakar di dalam sebuah flat HDB di Ang Mo Kio. Salah seorang mangsa itu tinggal dua tingkat di atas unit berkenaan, dan terhidu bau asap.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan pada jam 12.25 pagi tentang satu kebakaran di ruang tamu sebuah unit flat di tingkat 10 Blok 314 Ang Mo Kio Avenue 3.

Apabila anggota bomba tiba, api kebakaran itu sudahpun dipadamkan oleh orang awam dari koridor. Mereka menyimbah air melalui tingkap dan pintu unit berkenaan.

Dengan memakai peralatan pernafasan, anggota bomba memecah masuk unit yang diselaputi asap dan menyelamatkan dua penghuni dari flat tersebut. Salah seorangnya berada dekat dengan pintu masuk rumah manakala seorang lagi berada di dalam tandas.

“Sekitar 50 penduduk di blok terjejas itu dipindahkan oleh polis dan SCDF sebagai langkah berjaga-jaga,” menurut SCDF dalam satu kenyataan di Facebook.

Salah seorang penghuni flat berkenaan dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK. Seorang lagi dibawa ke Hospital Tan Tock Seng bersama-sama jirannya yang tinggal di tingkat 12.

Menurut SCDF, dapatan awal menunjukkan kebakaran itu adalah kebakaran eletrik yang meletus dari skuter bantuan mobiliti peribadi.

Skuter seperti itu biasanya digunakan oleh individu yang mempunyai kesulitan untuk berjalan sendiri.

SCDF mengingatkan orang ramai bahawa peralatan bermotor yang sudah diubah, tidak disenggara dengan betul atau tidak digunakan dengan alat pengecas asalnya boleh menimbulkan risiko kebakaran.

– TODAY/FZ/fz

UTAMABERITASkuter mobiliti terbakar di flat Ang Mo Kio; 3 dibawa ke hospital

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium