PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Liga Premier akan kembali bersambung 24 Julai

    Saingan Liga Premier yang sepatutnya berlangsung pada 3 Julai ini akan kembali diadakan pada 24 Julai ini.

    Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) turut mengumumkan pindaan terhadap jadual Liga Malaysia (Liga-M) melibatkan perlawanan tertunda antara Perak FC II dengan Kelantan FC di Stadium Perak, Ipoh dan Selangor FC 2 dengan Sarawak United FC, di venue yang akan ditetapkan kemudian, pada 17 Julai, yang tarikh asal adalah pada 29 dan 30 Jun.

    Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata pindaan jadual Liga-M turut melibatkan perlawanan ke-14 sehingga 22 Liga Super dan perlawanan ke-13 sehingga 22 Liga Premier bagi memastikan jarak setiap perlawanan tidak terlampau padat.

    “Meskipun kawalan pergerakan masih dilaksanakan, MFL mendapat pertimbangan baik daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk meneruskan baki saingan Liga-M 2021 dengan SOP (prosedur operasi standard) yang ketat.

    “Bagaimanapun pindaan jadual tidak dapat dielakkan bagi meminimumkan pertembungan venue dan bagi mengelak daripada pasukan-pasukan mengharungi jadual agak padat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Ab Ghani berkata sekiranya terdapat perubahan lagi pada jadual perlawanan Liga-M, ia adalah tertakluk kepada keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL serta arahan daripada kerajaan dan penguatkuasaan kawalan pergerakan.

    Sebelum ini, MFL pada 24 Jun lalu memaklumkan bahawa Liga Premier yang sepatutnya berlangsung pada 3 Julai lepas ditangguhkan susulan saranan KBS berikutan situasi semasa COVID-19 yang masih berada pada tahap membimbangkan manakala Liga Super pula bersambung pada 24 Julai.

    Sementara itu, Ab Ghani turut memaklumkan bahawa pasukan-pasukan yang berada di negeri yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) perlu mencari venue baharu perlawanan bagi saingan Liga Super dan Liga Premier.

    Menurutnya, ini kerana perlawanan Liga-M termasuk perlawanan latihan tidak dibenarkan di kawasan PKPD.

    Buat masa ini, pasukan Liga-M yang terlibat dengan PKPD adalah Kuala Lumpur City FC dan PDRM FC yang sepatutnya beraksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Selangor FC 2 (Stadium Majlis Perbandaran Selayang), Selangor FC dan PJ City FC (Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya), UiTM FC dan Skuad Projek FAM-MSN (Stadium UiTM, Shah Alam) serta Negeri Sembilan FC (Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi).

    “Pihak MFL telah meminta agar pasukan terbabit bersedia dengan perancangan awal mencari stadium baharu bukan di kawasan PKPD yang mereka boleh memohon untuk menggunakan stadium yang tidak digunakan oleh mana-mana pasukan seperti Stadium Manjung dan Stadium Batu Kawan,” katanya.

    Menurut beliau, kesemua lapan pasukan tersebut boleh memohon untuk menggunakan stadium yang hanya digunakan oleh satu pasukan sahaja dan MFL akan mengenal pasti stadium tersebut bagi membantu pasukan tersebut mendapatkan venue baharu.

    Beliau turut berharap supaya semua pasukan terus bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain dalam memastikan kelancaran Liga Malaysia 2021.

    — BERNAMA

    Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

    Ikuti kami media sosial :

    Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

    Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

    Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

    TikTok : @bernamaofficial

    # Tag
    Berkaitan

    父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

    Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

    Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    Popular
    NAJIB RAZAK

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    EKONOMI

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    DUNIA

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini

    父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

    Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

    Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

    Sin Chew Daily mohon maaf

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas