Infinix Hot 10S tiba dengan skrin besar 90hz pada harga mampu milik - pakdin.my

Infinix telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar yang mampu dimiliki, Hot 10S ke pasaran Malaysia. Ia dilengkapi bateri besar, tiga kamera belakang dan paparan luas pantas.

Telefon pintar terbaru ini telah disenaraikan secara eksklusif di Stor Rasmi Infinix di Shopee dan akan mula dijual pada 13 Julai 2021. Varian dan harga jualannya adalah seperti berikut:

  • Infinix Hot 10S (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM499
  • Infinix Hot 10S (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM549

Terdapat dua warna disediakan untuk Infinix Hot 10S iaitu hitam dan hijau.

Casing MLBB Edisi Terhad

Infinix turut menawarkan hadiah percuma eksklusif untuk pembeli terawal, iaitu casing Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Unit percuma yang diberi adalah terhad, jadi siapa yang cepat akan mendapatnya.

Selain itu, Infinix akan mengadakan satu acara khas Shopee Live pada 13 Julai 2021, pukul 3 petang. Dalam acara itu, Infinix akan memberi satu unit Hot 10S yang memiliki belakang telefon diubahsuai dengan rekaan MLBB, satu-satunya ada di Malaysia kepada penonton bertuah. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton, terutama sekali jika anda peminat MLBB.

Spesifikasi

Infinix Hot 10S menggunakan kuasa daripada cip Mediatek Helio G85, bersama RAM 4GB, storan dalaman sehingga 128GB dan menerima kad mikroSD sehingga 512GB. Baterinya sebesar 6,000mAh dan mengecas menggunakan sambungan mikroUSB berkuasa 10W.

Skrin pula sebesar 6.82-inci, jenis LCD dengan resolusi HD 720p. Paparan ini memiliki kadar penyegaran setinggi 90Hz dan kadar sentuhan 180Hz. Menurut Infinix, paparan ini memberikan pengalaman bermain game lebih menarik.

Sebanyak 3 kamera belakang dipasang iaitu kamera utama 48MP, kamera potret 2MP dan satu lagi dipanggil kamera AI. Kamera hadapan pula 8MP, di dalam takuk kecil di dahi skrin

Dapatkan maklumat lanjut mengenai telefon ini di laman produk Infinix Hot 10S. Serta kunjungi media sosial Infinix Malaysia di Facebook dan Instagram.

 

UTAMAGAYA HIDUPInfinix Hot 10S tiba dengan skrin besar 90hz pada harga mampu milik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium