Kes rasuah AKSB: SPRM akan panggil Exco Kelantan - pakdin.my

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil beberapa lagi individu termasuk seorang Exco Kerajaan Negeri bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB).

Sumber memberitahu Bernama, mereka akan dipanggil pada bila-bila masa secara berperingkat secepat mungkin.

“Setakat ini, jumlah saksi-saksi yang akan dipanggil tidak dapat didedahkan lagi.

“Selain saksi, SPRM akan turut mengambil dokumen-dokumen di pejabat berkaitan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Seramai empat individu termasuk bekas pengurus besar AKSB, seorang kakitangan AKSB, seorang pengarah syarikat dan seorang pengurus projek berkaitan kerja-kerja AKSB sudah direman bagi membantu siasatan terhadap anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu.

Siasatan dilakukan berdasarkan aduan awam berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan projek AKSB bernilai lebih RM27 juta antara 2015 dan 2019.

Baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM bagi menjalankan siasatan. – Bernama

UTAMABERITAKes rasuah AKSB: SPRM akan panggil Exco Kelantan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium