Utama GAYA HIDUP Nokia mahu lancar telefon pintar dengan kemasan batu tahan lasak?

Nokia mahu lancar telefon pintar dengan kemasan batu tahan lasak?

Sudah lama tiada berita tentang model telefon pintar baru Nokia, kali terakhir adalah pelancaran Nokia X10 dan X20 pada bulan April lepas. Tidak lama lagi, Nokia akan kembali ke pentas pelancaran apabila memberi petunjuk tentangnya di media sosial mereka.

Twitter Nokia Mobile telah memuat naik sebuah gambar dengan menyatakan “Coming Soon” atau akan datang. Tetapi apa yang menjadikannya lebih menarik adalah perkataan yang terpapar pada belakang telefon.

Perkataan tersebut apabila diterjemahkan berbunyi:

Dengan telefon Nokia terbaru kami, anda tidak akan perlu lagi perumah (casing) telefon 27.07.21

Nombor akhir tersebut pastinya merujuk kepada tarikh pelancaran iaitu 27 Julai 2021. Namun, apa pula yang dimaksudkan dengan tidak lagi perlu menggunakan casing telefon?

Gambar ini menunjukkan belakang telefon dengan kemasan seperti batu marmar putih. Manakala modul kamera belakang berbentuk bulat dengan label ZEISS dan LED di tepinya, sangat mirip dengan Nokia X10 dan X20.

Nokia X10 & X20

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut mengenai apa yang akan Nokia lancarkan pada 27 Julai nanti. Perkara paling hampir dikatakan adalah satu model yang belum dilancarkan ditemui di laman Geekbench. ia adalah Nokia XR20 yang dikuasakan cip Snapdragon 480, sama seperti Nokia X10 dan X20.

Sumber

Kita akan mengetahui lebih lanjut mengenainya menjelang tarikh pelancaran pada 27 Julai. Mungkin akan ada maklumat lebih awal akan dikongsi sebelum ia dilancarkan.

 

Exit mobile version