PPV IDCC beroperasi semula - pakdin.my

SHAH ALAM – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Seksyen 15 di sini yang ditutup susulan selepas 204 petugas disahkan Covid-19 semalam dibuka seperti biasa hari ini.

Tinjauan hari ini mendapati penerima vaksin mengunjunginya dengan kawasan itu selain kehadiran anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam mengawal aliran trafik.

Seorang penerima vaksin di IDCC yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika ditemui pemberita melahirkan keyakinan kawasan PPV itu selamat untuk dikunjungi.

“Sepatutnya, saya terima suntikan kedua vaksin AstraZeneca semalam sebelum ditunda hari ini.

“Saya lihat perjalanan pemberian vaksin hari ini agar baik. Saya mengajak orang ramai untuk keluar mengambil vaksin dan pujuk mereka yang masih berasa ragu-ragu atau bimbang,” katanya di sini hari ini. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

UTAMABERITAPPV IDCC beroperasi semula

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium