AlFatihah – Mohd Razif Kritikal Selepas Kemalangan Jalanraya 28 Mac Lalu Meninggal Dunia - pakdin.my

Allahyarham Mohd Razif

Mohd Razif, Ketua Pmuda UMNO Cawangan Kantan Permai, Hulu Langat meninggal dunia sebentar tadi.

Allahyarham cedera parah dan kritikal ditempatkan di Hospital Putrajaya selepas terlibat dalam kemalangan maut yang melibatkan kematian dua orang rakan pada 28 Mac lalu di persimpangan susur keluar Desa Pinggiran Putra.

Dalam kemalangan tersebut dua rakan Allahyarham, Khairul Islam Janarudin dan Safuddin Kandar mati ditempat kejadian.

Kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Kajang selepas menghantar Ketua Penerangan Pemuda UMNO bahagian itu, Al Dita Aladin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menunaikan umrah.

Jenazah akan di bawa kerumah bapanya di Lot 7222, Jln Melati 2, Sg Kantan, Kajang.

Berita berkaitan:

Dua AJK Pemuda UMNO Hulu Langat maut kemalangan

UTAMABERITAAlFatihah - Mohd Razif Kritikal Selepas Kemalangan Jalanraya 28 Mac Lalu Meninggal...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium