Shafie beri jaminan Covid-19 tidak akan menjejaskan PRN Sabah - pakdin.my

Ada siapa yang nak tuntut jaminan Shafie ini?

“Kerajaan (Warisan) Sabah memberi jaminan untuk meningkatkan kawalan kesihatan susulan peningkatan kes COVID-19 di negeri ini. Keadaan ini tidak menjejaskan Pilihan Raya Negeri kerana jumlah kes baharu masih rendah”

“18 Sep 2020: Sabah kawal penularan, tak jejas PRN”

Rujukan:
www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/732580/sabah-kawal-penularan-tak-jejas-prn

Ada siapa yang nak tuntut jaminan Shafie ini?

“Kerajaan (Warisan) Sabah memberi jaminan untuk meningkatkan kawalan…

Posted by Najib Razak on Sunday, 11 October 2020

——————————————-

Sabah kawal penularan, tak jejas PRN

Kerajaan Sabah memberi jaminan untuk meningkatkan kawalan kesihatan susulan peningkatan kes COVID-19 di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata sehingga ini, langkah kawalan di kawasan berkaitan sudah dilaksanakan.

“Kita kawal keluar masuk (orang ramai) di kawasan jangkitan namun tidak sehingga perintah kawalan pergerakan dilaksanakan.

“Keadaan ini tidak menjejaskan Pilihan Raya Negeri kerana jumlah kes baharu masih rendah namun langkah berjaga-jaga tetap diambil,” katanya ketika ditemui dalam majlis perjumpaan bersama calon WARISAN Plus, di sini, malam tadi.

Beliau diminta mengulas mengenai peningkatan kes COVID-19 di pantai timur Sabah yang mungkin menjejaskan perjalanan PRN Sabah ke-16.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan Kluster Selamat dikesan di Pulau Laut selepas Kluster Benteng di Lahad Datu.

Sehingga semalam, sebanyak 340 pesakit dikesan di Tawau, Lahad Datu (143) masoh menerima rawatan di hospital.

Shafie yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang berkata, WARISAN Plus turut menukar strategi dengan mengelak daripada berkempen di kawasan jangkitan.

Di Lahad Datu, polis mengingatkan orang ramai supaya merancang aktiviti harian kerana beberapa sekatan jalan raya akan dijalankan.

“Peningkatan kes khususnya Kluster Benteng membabitkan tahanan dan kontak rapat sehingga membimbangkan masyarakat setempat,” katanya.

UTAMANAJIB RAZAKShafie beri jaminan Covid-19 tidak akan menjejaskan PRN Sabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium