Tukar jika pakaian dalam koyak - pakdin.my

PAKAR Perunding Sakit Puan dan Perbidanan Hospital Pakar An-Nur Bandar Baru Bangi Dr Yulianty Arifuddin mempunyai pandangan berkenaan sejauh mana penggunaan pakaian dalam lama atau sudah tidak sesuai lagi boleh mempengaruhi kesejahteraan organ intim wanita.

Menurut Dr Yulianty, tempoh ideal pakaian dalam itu boleh disimpan adalah subjektif kerana ia terletak kepada cara pengendalian iaitu penggunaan bahan pencuci pakaian selain mutu buatan pakaian itu.

Beliau tidak lupa menjelaskan kepentingan memakai seluar dalam pada asalnya bertujuan melindungi organ kelamin yang permukaannya lembut dan mudah tercedera apabila bergesel dengan ‘medium’ termasuk fabrik pakaian harian.

“Penting untuk seseorang mengenakan seluar dalam kerana ia melindungi organ kelamin luar.

“Biasanya pemakaian seluar dalam sangat diperlukan terutama ketika wanita melakukan aktiviti di luar terutama bersenam mahupun kegiatan harian seperti bekerja kerana apabila berpeluh bahagian kulit itu akan lembap dan mudah terluka,” katanya.

Menjelaskan pemakaian wanita masa kini yang gemar mengenakan seluar terutama daripada fabrik kasar seperti denim boleh mendatangkan kecederaan kepada bahagian intim itu.

“Apabila sudah ada geseran, bahagian itu akan menjadi gatal dan wanita akan mula menggaru. Apabila menggaru ada luka dan boleh jangkitan kuman.

“Jadi di sinilah pemakaian seluar dalam penting sebagai pelindung kepada bahagian peribadi wanita,”katanya.

Masalah yang terkait mengenai kesihatan anggota kelamin wanita, rata-rata menemui beliau mempunyai masalah hampir sama iaitu jangkitan faraj kesan daripada jangkitan kulat yang merebak daripada anggota luar ke dalam faraj wanita.

“Gangguan apabila wanita mula terkena jangkitan iaitu daripada luar apabila anggota peribadi mula gatal, kemudian digaru dan kesan luka itu dijangkiti kuman lalu merebak ke bahagian dalam menyebabkan gejala keputihan luar biasa.

“Lebih serius jangkitan itu memberi gejala keputihan lebih banyak dan kerap, berubah warna iaitu kekuningan hingga kehijauan selain disusuli bisul pada bahagian mons pubis (bahagian alat kelamin luar paling menonjol berikutan jaringan lemak terletak di bawah permukaan kulit).

“Malah lebih rumit jika ia mengeluarkan bau kurang menyenangkan dan bisul berulang menandakan wanita itu sudah menghidapi jangkitan faraj,” katanya.

Tidak hanya tempoh seluar dalam disimpan menjadi fokuskepada kesihatan ruang intim, sebaliknya rutin pemakaian seluar dalam selain penjagaan kebersihan bahagian peribadi sebenarnya jauh lebih penting.

“Pandangan saya sebaik-baiknya tukarlah atau belilah yang baru baik sebulan sekali atau setiap tiga bulan sekali atau dalam tempoh enam bulan.

“Ia berkait dengan kualiti seluar dalam itu yang mana pembuatannya sama ada fabrik itu sesuai dan tahan lama. Ketika ini yang saya ketahui kapas antara material terbaik kerana selain ia semula jadi, fabrik itu mempunyaipengudaraan yang baik dan tahan lasak.

“Tetapi saya sering beri panduan jika pesakit atau wanita di luar mendapati kain sudah berubah warna, jalinan fiber itu sudah longgar dan bahagian seluar dalam (tengah) yang melindungi organ kelamin itu sudah menipis, itu antara tanda seluar dalam itu perlu ditukar,” katanya.

Jelasnya lagi tanda lain apabila warna di bahagian itu ada tompokan kuning atau keperangan sisa daripada keputihan mahupun kesan detergen ‘berat’ kerana kerap menggosok bahagian itu boleh menjejaskan kesihatan bahagian kelamin dan faraj wanita.

Selain itu aspek kebersihan daripada rutin pemakaian seluar dalam itu menjadi faktor penting menghindari masalah jangkitan faraj yang sering dialami wanita.

“Tips untuk memiliki anggota kelamin sihat, perlu pastikan seluar dalam ditukar sekurang-kurangnya dua kali sehari dan begitu juga ‘panti liner’.

“Lap dengan kering anggota kelamin itu selain salin seluar dalam jika lembap dan terkena air atau mempunyai kesan keputihan. Elak biarkan keputihan sehingga kering pada seluar dalam kerana itu boleh mengundang jangkitan kulat pada organ kelamin,” katanya.

Tambahnya lagi perlu pastikan seluar dalam bukan sahaja jenis fabrik yang mempunyai pengudaraan baik, ia juga tipis serta tidak ketat.

Andai seluar dalam itu ketat akan meninggalkan kesan kemerahan yang mana boleh membuatkan kulit menjadi gatal.

“Pemilihan fabrik penting kerana ada wanita alah kepada sesetengah fabrik. Meskipun dalam rekaan seluar dalam menggunakan material berkualiti seperti kapas, sutera dan nilon, tetapi ada material tidak sesuai seperti getah membuatkan kulit menjadi merah apabila tersentuh,” katanya.

Beliau tidak lupa menasihati wanita supaya lebih berhati-hati memilih bahan cucian untuk seluar dalam yang lebih mesra kulit dantidak mengandungi bahan kimia yang tinggi.

Begitu juga untuk pencuci intim, katanya yang mengandungi wangian tidak begitu elok untuk organ kelamin itu selain menyebabkan iritasi pada bahagian itu.

Memadai hanya menggunakan air biasa bersama sabun. Kemudian di ap dengan kain kering berbanding tisu yang gemar melekat pada bahagian kulit.

Dua mitos dikongsi Dr Yulianty

1. Penggunaan air panas apabila mencuci organ kelamin yang gatal.

Jawapan: Seperti bahagian permukaan kulit lebih tipis dan sensitif yang lain, alat kelamin luar wanita juga memiliki karakter ini yang mana menyebabkan ia tidak boleh ada kontak dengan fabrik kasar, air terlalu panas serta terkena pencuci memiliki bahan kimia tinggi.

Penyelesaiannya, gunakan air suam dicampur garam untuk beri kesan ‘menenangkan’ (soothing) bahagian kulit yang gatal.

2. Orang berbadan besar lebih kerap mengalami gejala gatal pada bahagian kelamin.

Jawapan: Pada saya wanita memiliki badan besar lebih gemar berpeluh dan apabila mereka mengenakan seluar dalam tidak sesuai bahagian lebihan itu akan mengelebeh dan bergesel dengan bahagian fabrik ketat. Akibatnya kulit akan mengalami iritasi dan mudah mengalami gejala kulit kemerahan serta gatal.

UTAMAGAYA HIDUPTukar jika pakaian dalam koyak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium