[Video] Bekas menteri didakwa terima rasuah lebih RM1 juta - pakdin.my

Seorang bekas menteri yang juga Ahli Parlimen dijangka didakwa pagi ini berhubung penyelewengan berjumlah lebih RM1 juta wang membabitkan wang peruntukan sebuah parti politik.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, bekas menteri berusia 29 tahun itu dijangka akan berhadapan dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.

Kata sumber itu, jumlah keseluruhan penyelewengan yang terlibat dianggarkan RM1. 12 juta melibatkan wang milik parti politik yang beliau pada ketika itu adalah ketua pemuda.

“Beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Rasuah Jalan Duta kira-kira pukul 9 pagi esok,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambah sumber lagi, bekas menteri itu juga dijangka akan turut dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dalam masa terdekat.

“Siasatan ke atas Ahli Parlimen ini telah dijalankan sejak Jun 2020 selepas menerima aduan berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dalam simpanannya.

“Ahli Parlimen itu sebelum ini mendakwa wang yang hilang di rumahnya di Petaling Jaya adalah wang peribadi milik beliau dan ibu bapanya,” jelasnya.

https://pakdin.my/tag/syed-saddiq

https://pakdin.my/tag/sprm

UTAMABERITA Bekas menteri didakwa terima rasuah lebih RM1 juta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium