UtamaNASIONALKerajaan Persekutuan Beri Peruntukan...

Kerajaan Persekutuan Beri Peruntukan RM35.3 Juta Kepada Majlis Agama Islam Selangor - pakdin.my

Peruntukan tahunan itu adalah bagi pembayaran elaun ketua guru dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), elaun imam masjid dan elaun guru takmir untuk tahun 2012.

SHAH ALAM — Kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menyampaikan peruntukan sebanyak RM35,255,800 kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bagi pembayaran elaun untuk menjalankan aktiviti keagamaan di negeri ini.

Peruntukan disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang mewakili kerajaan persekutuan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini.

Noh berkata peruntukan tahunan itu adalah bagi pembayaran elaun ketua guru dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), elaun imam masjid dan elaun guru takmir untuk tahun 2012.

Sebanyak RM27,955,200 diperuntukkan untuk membayar elaun kepada 240 ketua guru Kafa dan 6,060 guru Kafa.

“Bayaran elaun yang dibayar oleh kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM800 sebulan untuk setiap guru manakala kerajaan negeri membayar baki elaun RM600 bagi ketua guru Kafa dan RM500 bagi guru Kafa,” katanya.

Noh berkata sebanyak RM6,021,000 pula diperuntukkan untuk membayar elaun kepada keseluruhan 669 imam masjid yang setiap seorang menerima elaun berjumlah RM750 sebulan.

Selain itu beliau berkata sejumlah RM1,279,600 diperuntukkan kepada 142 orang guru takmir yang setiap seorang menerima elaun sebanyak RM800 sebulan.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...