355,280 Isi Rumah Di Kedah Layak Terima BR1M - pakdin.my

JITRA: Seramai 355,280 isi rumah di seluruh Kedah menikmati Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah lebih RM177.63 juta termasuk 27,123 orang yang layak selepas membuat rayuan.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah (MTPNK) Datuk Mohd Johari Baharom berkata penerima baru yang layak itu membabitkan peruntukan tambahan lebih RM13.56 juta.

Beliau berkata pihaknya serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima lebih 60,000 permohonan sejak rayuan dibuka dari 11 Februari hingga 15 Mac lepas.

“Jumlah itu (27,123) adalah kes benar dan tiada penipuan, ditolak kerana kesalahan mengisi borang dan tidak lengkap. Bakinya memang sah tidak layak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan BR1M bagi penerima dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra, di sini Selasa.

Mohd Johari, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata pemberian BR1M kepada 27,123 penerima yang layak itu dijangka selesai 15 Mei depan.

Katanya penerima dalam kawasan Parlimen Kubang Pasu berjumlah 2,207 orang (DUN Jitra dan Bukit Kayu Hitam) membabitkan peruntukan tambahan berjumlah RM1.1 juta.

Penerima DUN Bukit Kayu Hitam akan menerimanya pada Rabu.

Fasa pertama pemberian BR1M di seluruh negeri Kedah kepada 328,157 penerima berjumlah RM164.07 juta selesai dalam 35 siri yang berakhir 15 Mac lepas, kata Mohd Johari.

“BR1M bukan seperti dakwaan pembangkang diberi kerana kerajaan hendak memancing undi menjelang pilihan raya umum akan datang. Kerajaan telus dan sebab itu hanya yang benar-benar layak mendapatnya tanpa mengira fahaman politik.

“Kerajaan beri kerana ekonomi negara baik dan pentadbiran cekap. Saya yakin jika ekonomi negara terus mantap dan stabil kerajaan Barisan Nasional akan meneruskan BR1M pada masa akan datang.

“Adalah wajar rakyat bersikap rasional dan menilai pelbagai bantuan kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat secara langsung,” kata Mohd Johari.

UTAMABERITA355,280 Isi Rumah Di Kedah Layak Terima BR1M

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium