UtamaGAYA HIDUPAksi Pandelela-Mun Yee jadi...

Aksi Pandelela-Mun Yee jadi tumpuan pada hari kelima Olimpik Tokyo - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

TOKYO  — Fokus peminat sukan tanah air sudah pasti tertumpu kepada gandingan Pandelela Rinong-Leong Mun Yee untuk menghadiahkan pingat pertama kepada Kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila kedua-dua penerjun negara itu turun beraksi, esok.

Selepas meraih pingat perak dalam acara terjun 10m platform seirama wanita bersama Cheong Jun Hoong pada edisi Rio 2016, Pandelela, 28, yang akan memulakan kempen di Tokyo dalam acara sama kali ini bersama Leong Mun Yee, 36, diletakkan sandaran untuk menamatkan cabaran di kedudukan podium.

Kedua-dua penerjun berkenaan dijadual beraksi di final acara itu pada pukul 3 petang waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) di Pusat Akuatik Tokyo.

Mengulas penampilan kedua-dua penerjun negara itu esok, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican percaya berdasarkan pengalaman dimiliki Pandelela dan Mun Yee dalam  Sukan Olimpik, mereka mampu memberikan keputusan positif kepada Kontinjen Malaysia.

Sukan Olimpik Tokyo adalah penyertaan kali keempat berturut-turut buat Pandelela sejak kali pertama di Olimpik Beijing 2008, manakala temasya kali ini adalah kelima bagi Mun Yee bermula pada 2000, 2004, 2008 dan 2012.

Malah, katanya pencapaian Pandelela-Mun Yee yang layak ke Olimpik Tokyo selepas memenangi pingat perak acara berkenaan dengan mengumpulkan 312.72 mata pada Kejohanan Terjun Dunia FINA ke-18 di Korea Selatan pada Julai 2019, meletakkan mereka di kedudukan baik untuk meraih pingat pada temasya kali ini.

“Walaupun bakal berdepan cabaran dari penerjun Kanada, Great Britain dan sudah tentunya China, pada saya tidak mustahil daripada acara terjun kita boleh mendapat perkhabaran gembira sebagai permulaan rentak berita baik kepada Kontinjen Malaysia,” katanya ketika ditemui di Musashino Forest Sport Plaza hari ini.

Sementara itu, pemanah negara Syaqiera Mashayikh dijadual berdepan pemanah Rusia Elena Osipova pada pusingan pertama acara Individu Recurve Wanita di Lapangan Memanah Yumenoshima Park di Tokyo, esok.

Pada Jumaat lepas, atlet kelahiran Segamat, Johor itu memulakan saingan hari pertama acara memanah dengan bergaya selepas mencatat rekod peribadi terbaik pada pusingan penentuan ranking acara berkenaan.

Syaqiera, 20, menamatkan saingan di tempat ke-43 daripada keseluruhan 64 peserta dengan berjaya memperoleh 630 mata sekali gus memperbaiki rekod 619 mata dilakukan pada kelayakan terakhir Olimpik di Paris Jun lepas.

Sementara itu, tugas berat menanti beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila turun menentang pasangan Kanada Jason Ho-Shue-Nyl Yakura dalam aksi terakhir peringkat kumpulan, esok untuk mara ke peringkat suku akhir.

Misi wajib menang ke atas wakil Kanada tersebut susulan kekalahan beregu utama lelaki negara itu kepada pasangan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 16-21, 19-21 dalam perlawanan kedua Kumpulan D di Musashino Forest Sport Plaza, malam ini.

Dalam pada itu, beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menamatkan cabaran di Sukan Olimpik Tokyo tanpa sebarang kemenangan selepas tewas buat kali ketiga berturut-turut dalam aksi peringkat kumpulan.

Pada aksi hari ini, Peng Soon-Liu Ying tumpas di tangan pasangan nombor tiga dunia dari China, Wang Yilyu-Huang Dong Ping 13-21, 19-21.

Aksi esok yang memasuki hari kelima temasya berkenaan berlangsung, juga melibatkan pemain perseorangan wanita, Soniia Cheah yang akan memulakan kempen di Tokyo berdepan pemain Hungary Laura Sarosi pada aksi peringkat Kumpulan N.

Sementara, beregu wanita Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang tumpas dua kali sebelum ini akan melengkapkan aksi Kumpulan A menentang pasangan Great Britain Chloe Birch-Lauren Smith.

Atlet pelayaran lelaki negara Khairulnizam Mohd Afendy juga akan meneruskan Perlumbaan 4 dan 5 acara Laser Standard, manakala Nur Shazrin Mohamad Latif akan bersaing bagi Perlumbaan Wanita 5 dan 6 Laser Radial di Enoshima Yacht Harbour, esok.

Pada saingan hari ini, keadaan angin yang tidak memihak kepada skuad negara menjejaskan rentak pelayaran Khairulnizam dan Nur Shazrin yang bergelut untuk mendapatkan kedudukan terbaik dalam acara masing-masing.

Selepas tiga siri perlumbaan, Khairulnizam berada di kedudukan ke-27 daripada 35 peserta dengan 40 mata, manakala Nur Shazrin di tempat ke-17 daripada 44 peserta dengan 42 mata selepas empat perlumbaan.

— BERNAMA

 

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s