Sebarang Pembatalan Ordinan Darurat Ketika Darurat Tidak Akan Menjejaskan Akta 342 - pakdin.my

Menurut kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):Maklum balas berikut adalah berkaitan kekeliruan antara Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelanjutan Kuat Kuasa) (No. 2) 2021 [P.U (A) 313/2021] (selepas ini dikenali sebagai “Perintah”) dengan Proklamasi Darurat [P.U (A) 7/2021](selepas ini dikenali sebagai “Proklamasi”).

Perintah ini dibuat di bawah subseksyen 11(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] yang memberi kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai kawasan tempatan jangkitan. Perintah ini bertujuan untuk melanjutkan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan yang pada awalnya mula berkuat kuasa pada 18 Mac 2020, dan telah dilanjutkan bagi tempoh 2 Ogos sehingga 31 Disember 2021.

Sebelum ini, kuat kuasa perintah ini dilanjutkan bagi tempoh 1 April 2021 hingga 1 Ogos 2021. Perintah ini telah menetapkan bahawa semua Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia sebagai kawasan tempatan jangkitan.

Dengan berkuat kuasanya Perintah ini, pelaksanaan undang-undang boleh diambil melalui arahan pegawai diberi kuasa untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangkit. Selain itu, Perintah ini juga berkuat kuasa bersama dengan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) untuk membolehkan Kerajaan menguatkuasakan, antaranya, Arahan Ketua Pengarah dan Peraturan-Peraturan mengenai Pelan Pemulihan Negara.

Manakala Proklamasi Darurat pula dibuat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan suatu darurat besar sedang berlaku di seluruh Malaysia mulai 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021. Sebarang pembatalan Ordinan Darurat yang dibuat ketika darurat tidak akan menjejaskan perjalanan Akta 342 yang sedia ada untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangkit.

SUMBER:

Twitter Rasmi KKM

MAINKAN PERANAN ANDA!

Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,

Salurkan Kepada Kami
TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

UTAMASEBENARNYASebarang Pembatalan Ordinan Darurat Ketika Darurat Tidak Akan Menjejaskan Akta 342

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium