UtamaNASIONALTindakan Membelakangi Titah Agong...

Tindakan Membelakangi Titah Agong Sesuatu Yang Amat Dikesali – Shahaniza Shamsuddin - pakdin.my

UMNO Bahagian Maran menjunjung titah Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) sebagaimana rasa dukacita baginda ekoran kemelut berkaitan pembatalan Ordinan-ordinan Darurat oleh Perdana Menteri yang dilakukan tanpa perkenan.

Ketuanya Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, memberikan penegasan untuk mempertahankan titah YDPA yang wajar dihormati oleh Perdana Menteri.

“Tindakan membelakangkan titah baginda adalah sesuatu yang amat dikesali kerana institusi YDPA sangat signifikan bagi rakyat, ia disanjung tinggi dan berperanan penting dalam kestabilan politik, ekonomi serta sosial negara.

“UMNO Bahagian Maran berpandangan baginda selaku Ketua Utama Negara mempunyai kewajipan untuk menyampaikan nasihat dan teguran terutamanya Perkara 150 (2B) dan Perkara 150(3) yang melibatkan kuasa yang terletak pada Seri Paduka Baginda.

“Kami kesal dengan sikap Perdana Menteri yang jelas membelakangkan titah baginda. UMNO Bahagian Maran ingin menyatakan kekesalan atas tindakan Perdana Menteri melalui menteri undang undang di Parlimen pada 26 Julai bahawa Ordinan Darurat telah dibatalkan tanpa perkenan YDPA dan tindakan ini jelas mengelirukan rakyat.

“UMNO Bahagian Maran juga ingin mempertikaikan kewajaran Sidang Khas Parlimen yang sepatutnya berlangsung sehingga hari Isnin 2 Ogos 2021 telah ditangguhkan. Tindakan ini juga secara tidak langsung merupakan satu percubaan memudaratkan demokrasi berparlimen,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul berkata berdasarkan kepada kemelut politik yang tidak berkesudahan ianya menjejaskan segenap segi kehidupan rakyat.

Jelasnya berdasarkan situasi ini kerajaan perlu lebih fokus menangani isu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“UMNO Bahagian Maran menggesa kerajaan bertanggungjawab atas kekhilafan Perdana Menteri dan Kabinetnya serta memohon maaf kepada YDPA.

“Kerajaan berperanan menjaga ketabilan dan keharmornian negara dan bukan menjadi punca kepada pertelingkahan.

“Bak kata pepatah jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih gelanggang, tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang,” ujar beliau. – UMNO Online

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...