5 tan metrik durian diproses jadi tempoyak setiap hari - pakdin.my

MACHANG – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan memproses lima tan metrik durian dengan menyejuk beku untuk dijadikan tempoyak dan pes setiap hari bagi mengelakkan lambakan buah itu di pasaran negeri ini.

Pengarah FAMA Kelantan, Wan Nora Wan Ahmad berkata, segala kerja memproses raja buah itu dijalankan di Pusat Pemprosesan Durian di Pejabat FAMA Machang.

“Durian yang diproses itu merangkumi bekalan dari empat kawasan yang sering berlaku lambakan buah berkenaan iaitu di Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Pasir Puteh.

“Bermula 22 Julai lalu sehingga semalam, sebanyak 70 tan metrik durian sudah diproses oleh FAMA Kelantan. Kita membeli durian pekebun sebanyak RM175,000 dengan harga purata RM2 hingga RM2.50 sekilogram,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemprosesan Durian di Pejabat FAMA Machang di sini hari ini.

Menurut Wan Nora, selain durian, pusat itu turut memproses buah nangka dan cempedak untuk dijadikan sebagai produk sejuk beku selain produk pemprosesan minima.

Katanya, buah durian yang dijadikan tempoyak dan pes itu mendapat permintaan daripada pembeli yang terdiri daripada usahawan di Temerloh, Pahang.

“Pemprosesan durian yang dijalankan oleh FAMA ini telah memberi manfaat kepada lebih 600 petani di Kelantan.

“Buat masa ini, kita menyasarkan untuk memproses sebanyak 100 hingga 150 metrik tan buah-buahan segar bagi mengatasi lebihan pengeluaran dengan anggaran belian RM375,000,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

UTAMABERITA5 tan metrik durian diproses jadi tempoyak setiap hari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium