Masalah Penduduk Kampung Baru Subang Dapat Perhatian @NajibRazak - pakdin.my

PETALING JAYA, 25 April  — Nasib penduduk Kampung 1A, Kampung Baru Subang, di sini, yang berhadapan dengan masalah longkang dan jalan raya rosak sejak empat tahun lepas mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Mohd Shafie Abdullah berkata kedatangannya buat kali kedua ke kampung itu hari ini bertujuan mengadakan perjumpaan dan mendengar masalah penduduk di situ setelah kebajikan mereka diabaikan kerajaan negeri pimpinan pembangkang yang tidak menunaikan janji untuk memperbaiki jalan yang berlopak serta berlubang.

“Dua minggu lepas, saya ada datang ke sini untuk melihat masalah ini dan sudah memberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai masalah jalan yang begitu teruk di sini… selepas itu Perdana Menteri suruh saya datang ke sini sekali lagi dan beritahu bahawa kita akan selesaikan masalah ini dan saya juga dah cakap dengan wakil UMNO Bahagian iaitu Datuk Ahmad Busro Mat Johor,” katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Shafie berkata kos membaiki jalan sepanjang satu kilometer dan longkang, yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta, akan dimulakan secepat mungkin.

Sementara itu, Ahmad Busro berkata beliau yakin dan percaya hasil perbincangan dan keprihatinan Perdana Menteri isu jalan itu dapat diselesaikan.

UTAMABERITAMasalah Penduduk Kampung Baru Subang Dapat Perhatian @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium