Dua Wartawan Maut Dalam Kemalangan Di Mukah – Kemaskini gambar - pakdin.my

MUKAH: Dua wartawan dari Kumpulan See Hua maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan bas di Kilometer 20 Jalan Mukah/Balingian di sini, Rabu.Kemalangan pada pukul 11 pagi itu menyebabkan Gaing anak Kunding, 48, dari akhbar harian berbahasa Inggeris ‘The Borneo Post’ dan rakannya Patricia Yiu dari ‘See Hua Daily News’ mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Omar Bakhtiar Yaacob berkata ketika kejadian kedua-dua wartawan itu dalam perjalanan pulang selepas membuat liputan majlis pecah tanah sebuah tadika yang akan dibina di rumah panjang Rh.Aji, kira-kira 40 kilometer dari sini.

Bas yang bertembung dengan kenderaan yang dipandu Gaing itu dalam perjalanan dari sini ke Sibu, katanya.

Siasatan awal mendapati, bas itu cuba memotong sebuah kenderaan lain sebelum masuk ke laluan mangsa dan merempuh kenderaan mereka.

Kedua-dua mereka maut di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh badan manakala pemandu bas serta penumpangnya hanya mengalami cedera ringan.

Mayat kedua-dua wartawan itu dihantar ke Hospital Daerah Mukah.

Gaing, seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah dari Nanga Ngungun di Kanowit.

Beliau merupakan bekas pegawai bank dan eksekutif perniagaan di sebuah syarikat swasta sebelum menjadi wartawan.

Rakan-rakan wartawan menyifatkan beliau sebagai seorang yang ramah, baik dan amat dedikasi dalam tugasnya.

Patricia, pula baru ditukarkan dari Kuching Mukah.

 

UTAMABERITADua Wartawan Maut Dalam Kemalangan Di Mukah - Kemaskini gambar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium