Cara untuk matikan fungsi “bluetick” pada Whatsapp - pakdin.my

“Bluetick” merujuk kepada tanda yang terdapat di setiap mesej Whatsapp yang diterima ataupun dihantar bagi menunjukkan yang mesej itu sudahpun dibaca oleh si penerima. Fungsi ini sangat berguna sekiranya anda ingin memastikan mesej-mesej penting bukan sahaja diterima, malah dibaca.

Hal ini kerana, di Whatsapp, tanda tick bertindih berwarna kelabu bermakna mesej itu telah memasuki inbox si penerima tapi apabila ia berwarna biru, barulah bermakna inbox telah dibuka.

Namun, ada kalanya fungsi ini membebankan sesetengah orang. Contohnya, hubungan persahabatan jadi tegang kerana bluetick tanpa balasan.

Bagusnya adalah, fungsi bluetick boleh dimatikan di Whatsapp, begini caranya.

Di laman utama APP Whatsapp, tekan butang titik tiga bertindih dan pergi ke ruangan Setting. Kemudian, tekan pilihan Account dan seterusnya, Privacy.

Anda akan nampak pilihan Read receipts yang boleh dihidup dan dimatikan. Itulah suis kepada fungsi Bluetick.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan yang jika anda matikan fungsi Bluetick, kedua-dua pihak, termasuklah anda tidak dapat mengetahui sama ada mesej itu sudahpun dibaca ataupun tidak.

Logo tick bertindih akan kekal di warna kelabu.

Tambahan pula, fungsi Bluetick tidak boleh dimatikan untuk perbualan dalam kumpulan dan si penghantar mesej masih boleh melihat siapakah yang telah membaca mesejnya melalui pilihan Message info.

 

UTAMAGAYA HIDUPCara untuk matikan fungsi “bluetick” pada Whatsapp

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium