back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More
    📂

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Pelantikan Ismail Sabri kesinambungan usaha perangi COVID-19

    Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri kesembilan akan membolehkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) diteruskan kembali termasuk dalam usaha memerangi COVID-19 dan program pemberian vaksin.

    Ahli Parlimen Bera itu yang sebelum ini berada dalam kerajaan terdahulu adalah antara individu penting yang dipertanggungjawabkan bagi menyusun atur dan mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) selain langkah-langkah perlu untuk memastikan virus COVID-19 dapat diputuskan rantaiannya.

    Meskipun pengumuman beliau khusus membabitkan perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan aspek keselamatan negara menerusi ‘Op Benteng’ ada kala tidak digemari rakyat, namun sebagai Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) dan Menteri Pertahanan beliau harus mengambil pendekatan tertentu demi kemaslahatan rakyat.

    Sepanjang menjawat jawatan menteri kanan, Ismail Sabri, 61, kerap mengingatkan rakyat mengenai kepentingan pematuhan SOP bagi membendung penularan COVID-19 yang boleh membawa maut.

    Rintihan pengusaha perniagaan kecil sederhana (PKS) dan pasangan jarak jauh yang terkesan akibat pelaksanaan PKP, turut sentiasa menjadi antara tumpuan Naib Presiden UMNO itu.

    Sebaik dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 7 Julai lepas, Ismail Sabri yang merupakan tokoh politik mudah didekati dan mesra rakyat, turut mengambil penekanan terhadap pematuhan SOP dalam sektor perkilangan, yang menurutnya merupakan antara penyumbang kluster tempat kerja.

    Sebagai Menteri Pertahanan, beliau menggunakan kapasitinya itu untuk mewujudkan lebih banyak Hospital Medan bagi membantu mengurangkan bebanan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memberi rawatan kepada pesakit COVID-19.

    Malah ketika rakyat nyenyak dibuai mimpi, Ismail Sabri kerap turun padang menyantuni para petugas barisan hadapan yang bertugas di sekatan jalan raya bagi bertanyakan khabar dan menyuntik semangat petugas.

    Mengenai program vaksinasi, bapa kepada empat orang anak itu juga amat menekankan soal pengambilan vaksin dalam kalangan rakyat dan acap kali turun melawat beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) bagi menggalakkan rakyat terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan 24 Feb lepas.

    Sebagai Ahli Parlimen, aktiviti turun padang menyantuni masyarakat termasuk keluarga susah serta mereka yang kehilangan pendapatan dan pekerjaan akibat pandemik COVID-19, turut menjadi tumpuan perdana menteri itu.

    — BERNAMA

    RSS
    Follow by Email
    YouTube
    YouTube
    Instagram
    Copy link
    URL has been copied successfully!

    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)