UtamaNASIONALKuin Hadapi Krisis Kewangan...

Kuin Hadapi Krisis Kewangan Serius – Mahdzir Khalid - pakdin.my

ALOR SETAR: Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan Kedah, kini berhadapan dengan krisis kewangan yang serius sekali gus memberi impak kepada kakitangan dan pensyarahnya.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS dan Menteri Besarnya Datuk Seri Azizan Abdul Razak gagal menguruskan kolej universiti tersebut dengan baik.

Bercakap pada sidang media, di sini Isnin, Mahdzir berkata ada kakitangan Kuin mendakwa potongan bulanan gaji mereka yang dibuat untuk bank, Pertubuhan Keselamatan Sosial, pemotongan zakat pendapatan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak sampai kepada pihak terbabit.

“Buktinya ada di kalangan pensyarah kolej tersebut mendakwa pemotongan gaji dilakukan oleh pihak Kuin namun terkejut setelah menerima surat dari pihak bank kerana gagal membuat pembayaran sewa beli.

“Ini satu penganiayaan kepada kakitangan kolej tersebut oleh kerajaan negeri yang gagal untuk menguruskan kewangan mereka dengan baik,” katanya.

Mahdzir berkata Kuin juga menangguhkan skim pelarasan gaji 13 peratus untuk kakitanganya ke suatu tarikh yang tidak ditentukan.

Katanya Kuin yang hanya mempunyai dua sumber kewangan iaitu kerajaan negeri dan yuran pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)mungkin berhadapan masalah disebabkan pelaburan tidak menguntungkan.

Beliau berkata kerajaan negeri mewujudkan banyak anak syarikat milik Kuin seperti Insan Medic yang menguruskan fakulti perubatan yang menelan belanja yang banyak iaitu RM350,000 sebulan.

“Dalam sidang DUN baru-baru ini, Azizan telah beritahu akan mengambil 50 pelajar untuk menyertai kursus dalam bidang perubatan tersebut dan 45 pelajar telah ditawarkan.

“Setakat 2 Mei lepas, hanya lapan pelajar sahaja yang mengikuti kursus tersebut dan dua daripadanya telah membayar penuh yuran pengajian bagi satu semester,” katanya.

Katanya dengan jumlah pelajar tersebut menyebabkan fakulti tersebut tidak dapat menampung kos pengurusannya dan terpaksa bergantung kepada kerajaan negeri untuk memperoleh sumber kewangan.

Beliau berkata Kuin juga menaikkan yuran pengajian kepada pelajarnya iaitu daripada RM60 kepada RM200 bagi setiap jam kredit mata pelajaran yang diambil oleh semua pelajar kolej universiti tersebut.

Katanya peningkatan yuran yang terlalu mendadak berkuat kuasa Julai tahun ini yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah Kuin itu akan membebankan pelajarnya yang rata-rata datang dari kawasan luar bandar.

Ini amat bertentangan dengan perjuangan pakatan pembangkang untuk menghapuskan PTPTN dan memberi pengajian percuma tetapi kerajaan PAS telah menaikkan yuran tersebut dan ia amat membebankan pelajarnya.

Mahdzir menggesa Menteri Besar Kedah supaya bertanggungjawab terhadap isu kewangan tersebut yang boleh mencalarkan imej kolej dan persepsi orang ramai terhadap kolej yang dibangunkan oleh kerajaan negeri sejak 1995.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...