DAP sedia pertimbang terima tawaran sertai MPN dan Jawatankuasa Khas COVID-19 – Lim - pakdin.my

DAP sedia mempertimbangkan tawaran untuk menjadi sebahagian daripada Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 bagi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat, kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.

Bagaimanapun dalam ciapan sebagai respons kepada ucapan sulung Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri hari ini, beliau berkata ia dengan syarat tawaran itu bukan menjadikan DAP sebagai wakil yang tidak penting dan sebagai pak turut kepada pandangan kerajaan.

“Pemenang tidak boleh mengambil semua dan yang tewas tidak kehilangan segalanya,” kata beliau ringkas dalam hantaran menerusi akaunTwitternya.

Dalam perutusan sulungnya yang disiarkan secara langsung di saluran televisyen utama, Ismail Sabri mengajak kepimpinan parti pembangkang untuk menjadi sebahagian daripada MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.

Perdana Menteri berkata kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan dan kerjasama rentas parti dan menggesa semua pihak agar meleraikan perebutan kuasa dan menamatkan keresahan rakyat.

Tawaran itu juga dialu-alukan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Pada ketika ini kita berada di bulan kemerdekaan negara. Kemerdekaan daripada menentang penjajahan seterusnya membangunkan negara. Marilah bersama-sama bekerja sebagai satu pasukan demi negara tercinta,” katanya.

— BERNAMA

Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

UTAMAPOLITIKDAP sedia pertimbang terima tawaran sertai MPN dan Jawatankuasa Khas COVID-19 -...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium