Keuntungan bersih MMC Corp melonjak kepada RM173.76 juta - pakdin.my

Keuntungan bersih MMC Corp Bhd untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2021 melonjak kepada RM173.76 juta berbanding RM77.36 juta yang dicatatkan semasa suku yang sama tahun sebelum ini.

Pendapatan meningkat 16 peratus kepada RM1.15 bilion daripada RM990.68 juta.

Konglomerat utiliti dan infrastruktur itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia memberitahu prestasi yang agak memberangsangkan ini telah didorong oleh jumlah dagangan yang lebih tinggi yang datang daripada semua pelabuhan kendaliannya termasuk kos kewangan yang lebih rendah.

Untuk tempoh enam bulan tersebut, syarikat mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak RM298.47 juta berbanding RM135.24 juta yang direkodkan pada tempoh yang sama tahun lalu, manakala pendapatan menokok 10.4 peratus kepada RM2.29 bilion.

“Prestasi yang lebih baik ini disebabkan oleh kenaikan jumlah dagangan yang disumbangkan daripada Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd dan Northport (Malaysia) Bhd.

“Bagaimanapun, ini telah diimbangi oleh kemajuan kerja yang lebih rendah daripada projek Transit Aliran Massa Putrajaya Lembah Klang dan projek Pembentungan Langat, penurunan trafik penumpang di Lapangan Terbang Senai disebabkan wabak COVID-19 termasuk ketiadaan penjualan tanah di Bandar Udara Senai,” katanya .

Melangkah ke hadapan, kumpulan melahirkan keyakinan terhadap prospek pertumbuhan bahagian perniagaannya pada tahun kewangan 2021 sejajar dengan pemulihan ekonomi global.

“Bahagian perniagaan utama MMC akan terus memainkan peranan penting dalam membolehkan serta membantu pertumbuhan ekonomi dengan menyediakan keperluan dan perkhidmatan utama di semua sektor ekonomi.

“Secara keseluruhan, kumpulan berharap dapat mengekalkan prestasi kewangan serta operasinya untuk tahun kewangan 2021 dan akan terus bertahan berdaya tahan sepanjang tahun,” katanya.

UTAMAEKONOMIKeuntungan bersih MMC Corp melonjak kepada RM173.76 juta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium