Pesakit Covid-19 cuba lari hospital - pakdin.my

SUNGAI BULOH – Seorang lelaki yang juga pesakit Covid-19 cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkat lima Hospital Sungai Buloh di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kejadian berlaku pada pukul 3.20 petang membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun.

“Lelaki terbabit yang juga pesakit Covid-19 telah dimasukkan ke wad semalam kira-kira pukul 3 petang.

“Dia juga kelihatan murung dan bertindak untuk keluar daripada wad, namun berlaku pergelutan selepas jururawat tersebut cuba menghalangnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, lelaki terbabit kemudiannya telah bertindak agresif dengan menumbuk muka dan mengejar jururawat berkenaan.

“Dia turut mengganggu pesakit lain sebelum pergi ke tingkap dan cuba untuk terjun. Petugas di hospital berkenaan cuba menyelamatkan mangsa namun mangsa terjatuh ke aras bawah hospital tersebut.

“Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian badan serta muka dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk menerima rawatan,” jelasnya.

Shafa’aton memberitahu, pihaknya mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian hari ini kira-kira pukul 8.10 malam dan kes masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

UTAMABERITAPesakit Covid-19 cuba lari hospital

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium