Berilah sokongan kepada kerajaan sekarang… Buktikan UMNO serius demi rakyat, negara – Razali

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT), Datuk Razali Ibrahim mengajak orang ramai untuk meberikan sokongan kepada perdana menteri baharu yang menjadi tunjang kerajaan dalam mendepani dan mencari jalan keluar bagi pelbagai situasi yang berlaku sekarang.

Katanya, sekarang negara berhadapan dengan pandemik COVID-19 maka siapa kerajaan hari ini mesti menanganinya dan yang utama adalah jalan keluar ke hadapan.

“Berilah sokongan kepada kerajaan baharu untuk menunjangi negara hari ini. Kita doakan yang terbaik kerana akhirnya kita juga yang akan tanggung semuanya. Kita dah ada Perdana Menteri yang mendapat perkenan Tuanku, maka ini kita perlu fokus kepada perkara pokok dan bukan membincangkan hal-hal berkaitan ranting-ranting pada pokok itu.”

Tegasnya, apa yang bakal berlaku dalam penubuhan kerajaan baharu adalah perlu memberi keyakinan bahawa UMNO serius terhadap masa depan rakyat dan negara.

“Kita kena pastikan apa yang bakal berlaku sehari dua ini, pimpinan PM dari UMNO itu perlu tonjolkan, buktikan bahawa UMNO ini layak untuk memulihkan negara kita dan dapat kembalikan kepada suasana yang rakyat harapkan.

“Ini adalah ruang untuk tunjukkan bahawa orang politik dapat mengubah persespsi dengan ‘walk the talk’,” katanya.

Dalam hal ini beliau menekankan bahawa bagaimana hebat sekalipun seseorang itu boleh berperanan namun ianya mesti mendapat sokongan semua untuk membawa kepada kestabilan.

“Sebab itu Barisan Nasional (BN) dulu menawarkan satu kestabilan dan yang kedua bersifat futureristik dan ianya tak mampu dibuat oleh sesiapa sahaja yang menang dalam PRU-14 lalu. Ini kerana selepas PRU lalu kestabilan itu tidak wujud dan hanya melihat apa sahaja yang ada di depan mata, tak melihat apa yang ada pada masa hadapan.

“Macam sekarang ini kita… tidak ada kestabilan dan jangkaan masa hadapan. Kita perlu bersedia sebagaimana BN dulu ketika berkerajaan banyak perancangan untuk masa hadapan tetapi dijadikan isu walaupun ianya amat baik, misalnya HSR jadi isu, sedangkan ia bukan untuk sekarang sebaliknya untuk akan datang.

“Tapi hari ini semuanya tak jadi sebab apa… sebab kita terlalu melihat apa yang dijanjikan di depan mata tanpa melihat kepada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program ‘Demi Rakyat’ yang turut disertai pemerhati politik, Che Ibrahim Che Idris anjuran Penerangan UMNO Malaysia yang disiarkan menerusi Facebook UMNO Online, malam tadi.

Dalam masa yang sama, Razali turut menyarankan agar apa yang berlaku hari ini dapat dijadikan iktibar dan tauladan supaya tidak berulang pada masa hadapan.

“Kesan PRU-14 terbukti bukan Pakatan Harapan (PH) yang dapat mengurus dengan baik, tapi kejayaannya berjaya memecahkan BN biarpun BN mempunyai sejarah yang panjang dan dapat mewujudkan kerajaan yang stabil.

“Kesan dari PRU-14 juga dapat dilihat bahawa tidak ada sebuah parti yang akan mampu menubuhkan kerajaan secara sendiri. Tidak seperti dulu sebagaimana BN yang dapat majoriti dua pertiga namun dengan keadaan baharu ini dikhuatiri kestabilan sukar dicapai.

“Bagi pihak parti UMNO pula, Presiden bukan lagi Perdana Menteri namun persefahaman itu boleh dibina dan diwujudkan.”

Jelas beliau, buat masa ini dan dalam beberapa siri mesyuarat yang dilaksanakan, UMNO lebih memikirkan kepada pilihan raya akan datang kerana tidak selesa dengan keadaan sekarang dan mahukan kestabilan masa hadapan.

“Macam mana kita nak pastikan kepada masalah yang berlaku hari ini tidak berulang, maka ianya mesti melalui pilihan raya,” katanya lagi. – UMNO Online

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...