Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.
Fatwa: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penglibatan-orang-islam-dalam-aktiviti-candlelight-vigil
Kertas Kerja Fatwa: http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/Hukum_Penglibatan_Orang_Islam_Dlm_Aktiviti_Candle_Light_Vigil.pdf